Tuesday, January 31, 2012

Tudung hijau

Assalamualaikum,

Anak siapakah ini? Muahahahaaaaaa... Hampir tidak kukenali anak sendiri.

Maafkan bedak kat muka saya yang macam tepung gomak itu.

Jumpa lagi. Bye! ;)

Thursday, January 26, 2012

Kak Ina, Kak Atie dan saya

Assalamualaikum, apa khabar semua?

Hari ni saya nak cerita pasal kakak-kakak yang mengasuh saya waktu saya kat sekolah mama. Nama kakak-kakak saya kat sekolah ialah kak Atie dan kak ina. Saya suka sangat kawan dengan mereka. Setiap hari saya belajar benda baru kat sekolah. Semalam saya belajar cara-cara nak tunjuk kat mana pusat bila ada orang tanya. Ala... senang je. Angkat je baju. Tapi kalau saya tak pakai baju? Hmm..yang tu saya confuse sikit.

Selain tu saya belajar cara nak buat muka geram, buat muka bila konon-kononnya tercium benda busuk, angkat tangan bila orang tanya sape anak ibu? sape anak ayah? Ha... satu lagi saya belajar cara nak tadah tangan bila berdoa. Semua tu senang je. Saya dah expert dah buat semua tu.

Sekolah saya dekat je dengan rumah saya. Sebelah pintu je. Pagi-pagi bila ayah atau ibu hantar saya gi sekolah, mama akan sambut... panggil saya "adikkk.....", sambil mama tersenyum.

Ok lah. mari kita tengok gambar saya dan kakak-kakak sekolah saya. Jom...



Sampai di sini coretan saya pada kali ini. Lain kali saya tulis lagi ye. Bye-bye..! Mmmuah!

Yang benar,

Baby Zahrah
Setahun sebulan tiga minggu lima hari

Thursday, January 19, 2012

Facebook

Assalamualaikum,

Petikan dari akhbar The Star, 20 Januari 2012:

PETALING JAYA: Social networking can be addictive and stunt personal interaction, say experts.

People frequent websites like Facebook due to easy access via mobile devices, but “such convenience is distracting people from having real social interaction with another human being”, said psychologist and counsellor Adnan Omar.

“For example, a couple missed an opportunity to have true interaction with each other by going out for dinner, only to be surfing the Net or checking e-mail on their mobile devices,” he told The Star recently.

It was reported on Jan 10 that a nationwide study showed that Malaysian mobile web users on average spend 20% of their time on social media like Facebook and Twitter, 18% on music or videos, 17% on playing games, 14% on searches for general information and 13% on e-mail.
Adnan was concerned that society might lose its ability to connect with the people within.

“We may know people in Russia but we do not know our own neighbours although they are just one wall away,” he said.

“If you're spending more than 25 hours per week social networking for other than work or academic reasons, you're addicted to it. It does not help that the Internet is readily available and you don't have to turn it off.”

Adnan said addicts had the urge to check their phone constantly and felt “empty deep inside” if they did not do so.

“When people post their pictures and updates, they are waiting for compliments to make them feel fulfilled. The other reason is that they need to kill time and would feel useless or uncomfortable if they do not do anything.

“Technology creates activities but not necessarily productivity although it makes us feel that way,” Adnan said.

Psychologist Dr Goh Chee Leong said the phone has become an important companion for “in between” times like when a person is waiting for someone.

The dean of HELP University College's Behavioural Sciences Faculty said people who often network generally have an active social life although “there are extreme cases”.

True indeed. Sekadar pandangan peribadi. Facebook atau apa2 laman sosial sepatutnya dilayari pada masa terluang. Bukannya ketika kita sedang bersama keluarga atau rakan-rakan.

Jumpa lagi. Bye!:)

Cucu-cucu emak dan abah

Assalamualaikum,

Penyeri hati keluarga kecil emak dan abah. Alhamdulillah :).


Bye! :)

Wednesday, January 11, 2012

Ikhlas daripada Ayah dan Zahrah

Assalamualaikum,

Auwww!!! So sweet...


I lovess both of you too... :)

Till then. Bye! :)

Tuesday, January 10, 2012

30

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Hari ni genap 30 tahun aku diberi peluang bernafas di muka bumi Allah. Suatu tempoh yang kelihatan panjang tapi sebenarnya singkat. Banyak yang telah dilalui dan dipelajari. Banyak juga perubahan yang berlaku. People do change. Aku yang dulu berbeza dengan aku yang sekarang. Apa yang aku belajar dalam tempoh 30 tahun ni? SABAR. SABAR. SABAR. Masa muda dulu aku cepat marah.Hihihi... Sekarang pun ada lagi sikap macam tu tapi dah kurang rasanya. Orang yang tak rapat dengan aku mesti tak percaya kalau aku kata aku ni cepat marah. Tapi cuba tanya suami saya. Mesti dia angguk tanda setuju. Hehehe.. Tapi Alhamdulillah. Perkahwinan, anak dan dunia penyelidikan mengajar aku menjadi lebih SABAR.

Terima kasih Allah kerana memudahkan perjalanan hambaMu ini. Juga atas nikmat2 yang Kau beri. Terlalu banyak nikmat Allah untuk aku. Cuma aku yang selalu lalai dan leka. Astaghfirullah... Terima kasih juga kepada emak dan abah yang banyak berkorban mendidik dan membesarkan aku dalam keadaan serba kekurangan sehingga aku menjadi seperti hari ini. Terima kasih suami yang menerima aku seadanya dan SABAR dalam melayan karenah isterinya ini. Terima kasih semua kerana membuat aku merasa bahagia.

Ceewahhh... macam jiwang pulak entry aku hari ni. Semoga aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan memperbaiki diri. Tahun ni menjadi tahun yang lebih bermakna buat kami suami isteri. Pertama kerana InsyaAllah kami akan masuk rumah baru. Kedua kerana InsyaAllah aku akan tamat pelajaran yang dah berlarutan masuk tahun ke-6..Huhuhu...berani betul letak statement macam ni. InsyaAllah, aku mesti habis belajar tahun ni jugak. Mesti. Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah. Buat suami dan rakan2 yang juga sedang gigih berusaha... InsyaAllah, kita mesti boleh! Hehehe... tetiba.

Preview of our future home sweet home :).

Inilah bakal rumah kami. Dah 90-95% siap. Maybe tinggal nak touch up sket2 lagi disamping tunggu CF. Ikut perancangan awal, rumah ni siap bulan 10 tahun ni. Tapi ni baru bulan 1 pun dah macam ni. Harap2 dapatlah masuk awal.

Jarak dengan rumah depan agak luas dan selesa. Kami memang sangat puas hati beli rumah dengan IJM Land. Antara 10 pemaju terbaik Malaysia tahun 2011. Highly recommended. Urusan mudah dan efficient. Nanti ada masa aku cerita lebih lanjut.


Oklah. Jumpa lagi di lain entry. Bye!