Alhamdulillah. Hari ni genap 30 tahun aku diberi peluang bernafas di muka bumi Allah. Suatu tempoh yang kelihatan panjang tapi sebenarnya singkat. Banyak yang telah dilalui dan dipelajari. Banyak juga perubahan yang berlaku. People do change. Aku yang dulu berbeza dengan aku yang sekarang. Apa yang aku belajar dalam tempoh 30 tahun ni? SABAR. SABAR. SABAR. Masa muda dulu aku cepat marah.Hihihi... Sekarang pun ada lagi sikap macam tu tapi dah kurang rasanya. Orang yang tak rapat dengan aku mesti tak percaya kalau aku kata aku ni cepat marah. Tapi cuba tanya suami saya. Mesti dia angguk tanda setuju. Hehehe.. Tapi Alhamdulillah. Perkahwinan, anak dan dunia penyelidikan mengajar aku menjadi lebih SABAR.
Terima kasih Allah kerana memudahkan perjalanan hambaMu ini. Juga atas nikmat2 yang Kau beri. Terlalu banyak nikmat Allah untuk aku. Cuma aku yang selalu lalai dan leka. Astaghfirullah... Terima kasih juga kepada emak dan abah yang banyak berkorban mendidik dan membesarkan aku dalam keadaan serba kekurangan sehingga aku menjadi seperti hari ini. Terima kasih suami yang menerima aku seadanya dan SABAR dalam melayan karenah isterinya ini. Terima kasih semua kerana membuat aku merasa bahagia.
Ceewahhh... macam jiwang pulak entry aku hari ni. Semoga aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan memperbaiki diri. Tahun ni menjadi tahun yang lebih bermakna buat kami suami isteri. Pertama kerana InsyaAllah kami akan masuk rumah baru. Kedua kerana InsyaAllah aku akan tamat pelajaran yang dah berlarutan masuk tahun ke-6..Huhuhu...berani betul letak statement macam ni. InsyaAllah, aku mesti habis belajar tahun ni jugak. Mesti. Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah. Buat suami dan rakan2 yang juga sedang gigih berusaha... InsyaAllah, kita mesti boleh! Hehehe... tetiba.
Preview of our future home sweet home :).

Inilah bakal rumah kami. Dah 90-95% siap. Maybe tinggal nak touch up sket2 lagi disamping tunggu CF. Ikut perancangan awal, rumah ni siap bulan 10 tahun ni. Tapi ni baru bulan 1 pun dah macam ni. Harap2 dapatlah masuk awal.
Jarak dengan rumah depan agak luas dan selesa. Kami memang sangat puas hati beli rumah dengan IJM Land. Antara 10 pemaju terbaik Malaysia tahun 2011. Highly recommended. Urusan mudah dan efficient. Nanti ada masa aku cerita lebih lanjut.
Oklah. Jumpa lagi di lain entry. Bye!

No comments:
Post a Comment