Friday, January 29, 2010

Bulan madu di Sabah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. kami berkesempatan untuk pergi honeymoon walaupun dengan budget yang agak terhad..hehe.. Tiket dibeli daripada Airasia lebih kurang 7 atau 8 bln sebelum tarikh berlepas. Aku pun tak berapa ingat sangat tapi memang awal la.. Masa tu ada promosi. Harga tiket RM315 untuk 2 orang, pergi dan balik, termasuk penginapan untuk 3 hari 2 malam. Tapi masa kami pergi tu bukan ada cuti apa2 pun.. sebab tula murah kot. Tarikhnya ialah 13-15 Januari 2010.

Oklah.. kat sini aku nak cerita la serba sedikit pengalaman kami pertama kali ke Sabah..

Mula2, bergerak dari stesen LRT Wangsa Maju menuju ke stesen KL Sentral. Aku tak bagi abah hantar sampai ke LCCT sebab hanya membazir masa, tenaga dan petrol beliau shj. Cukuplah hantar sampai Wangsa Maju je..

Sampai di KL sentral, kami pun bergegasla carik bas nak gi LCCT. Banyak je bas nye.. Naik je.. terus jalan.. Kebetulan bas dah nak penuh masa tu.. Kami naik bas AEROBUS.. Tambangnya hanya RM8 shj untuk seorang penumpang.

Bila dah sampai LCCT, terus check in sbb tinggal lagi sejam je nak berlepas. Flight pukul 11.10am. Perjalanan dari KL-Sabah mengambil masa lebih kurang 2 1/2jam.

Aku yang sedang membaca surat kbr kononya..

Setelah tiba di Kota Kinabalu Airport, kami pun melilau la mencari teksi. Nak sewa kereta rasa macam tak berbaloi sebab kami plan nak pegi pulau dan jln2 sekitar bandar KK je pun.. En. suami ada terpandang iklan harga tambang teksi ke bandar KK iaitu RM30. Itu harga untuk teksi airport kot..Kami fikir, kalau naik teksi biasa yang warna merah/putih tu, mesti boleh dapat lagi murah kot.. tapi tak nampakla pulak teksi biasa kat situ.. yang banyak beratur cuma teksi airport je..

Kami pun berjalanla ke belakang sket, pastu nampak ada teksi biasa tengah berhenti nak turunkan penumpang. Bila kami tanya pakcik teksi tu tambang ke KK berapa? Beliau bilang RM20.. So, kami tanyala boleh hantar tak pakcik? Beliau pun mengangguk sambil muka macam berhati2 la jugak..(ada ke muka berhati2?).. Masa dalam teksi tu, barulah kami tau yang pihak airport tak benarkan teksi biasa ambil penumpang kat tempat kami naik tadi..hanya teksi airport sahaja yang dibenarkan. Pakcik tadi pun berani amik kitorang sbb kawasan tu agak terkebelakang sket..haha.. kiranya kitorang bernasib baik jugakla tadi jumpa pakcik tu.. Beliau kata, klau nak tahan teksi biasa kena berjalan keluar jauh sket daripada kawasan airport tu.. aku pun tak faham sebenarnya kat mana nak tunggu, tapi iyekan aje cakapnya tu..haha..

Setelah lebih kurang 10-15 min, kami pun sampailah ke tempat penginapan kami, iaitu Hotel Seri Borneo yang terletak di Kompleks Sinsuran.

Hotel Seri Borneo

Hotelnya agak bersih juga, sesuai untuk mereka yang mempunyai budget terhad macam kami ni.. Terletak di tengah2 bandar KK. Senang nak cari makanan dan juga berjalan2 membeli belah.. Dekat depan hotel tu pula ialah tempat teksi menunggu penumpang. So, kalau perlukan teksi senanglah sket.

Laluan ke bilik hotel

Keadaan dalam bilik

Silakan, tandasnya di situ..

Ada TV dan aircond juga

Pemandangan dari tingkap bilik kami yang terletak di tingkat 1

Kami tiba di hotel lebih kurang pada pukul 2pm.. Berehat2 dulu, solat dan makan.. Cadangnya mahu tengok sunset jadi kami keluarlah pada jam 5pm. Tapi, pelayan hotel tu kata tak boleh nampak sunsetlah hari ni dik, sebab cuaca mendung.. aiseh.. lupa pulak nak tengok cuaca di langit.. Kat sini kalau nak tengok sunset lebih kurang jam 6 ptg la.. Kiranya kul 6pm kat KK sama macam kul 7pm kat KL la.. awal sejam la kat sini.. (berapa banyak la da..)

Hotel tempat kami menginap tu berdekatan juga dengan night market, pasar kraftangan, pasar ikan masin, dll.. jalan kaki 5 min sudah sampai.. Malam itu kami dinner makan ikan bakar di kawasan bersebelahan pasar kraftangan.. Banyak sungguh gerai makanan laut di situ.

Aku tengah penin mahu pilih yang mana satu. Banyak barangan kristal dan mutiara dijual.
Mahu makan yang mana satu? Semua pun 'fresh'.

Kami makan di gerai ini. Sedap.. (Sorry gambar blurr..)

Antara barangan yang dijual

Pasar kraftangan atau dikenali juga sbg Pasar 'Philippines' kalau tak silap

Ada ramai jejaka yang gagah perkasa mengambil upah menjahit pakaian di hadapan pasar kraftangan. Aku pelik dan kagum melihat mereka.
Pasar ikan masin. Banyak makanan laut yang telah dikeringkan dijual di sini.

Esoknya kami menghabiskan masa sehari suntuk di Pulau Manukan. Berjalan kaki shj dari hotel ke Jesselton Point untuk menaiki bot. Masa diambil lebih kurang 15-20 min, bergantung kepada kelajuan kaki. Tiket bot berharga RM17 untuk seorang penumpang. Tax RM6. Bila dah sampai di pulau pula kena bayar lagi yuran sebanyak RM3. So, jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk ke Pulau Manukan ialah RM26. Masa yang diambil untuk sampai ke pulau dengan menaiki bot ialah lebih kurang 30 min.

Selamat datang ke Jesselton Point

Kebanyakan jejaka Sabah nampak macam brutal seperti cik abg di atas, tapi bila kita bertanya pd mereka, semuanya ramah dan mesra shj. Itulah.. 'Don't judge a book by its cover' ye!

Mahu naik bot!

Sangat seronot..hihi..

Sudah sampai di Pulau Manukan. Airnya biru..

Bayar yuran kat sini dulu baru boleh masuk pulau

Untuk makluman
Kucing ini sangat jinak dan manja. Kucing penyambut tetamu agaknya..

Kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan, borak-borak, ambil gambar dan menikmati pemandangan je..hehe.. Tidak ber'snorkeling' pun kerana tidak bawa baju spare..

Aktiviti pertama setelah tiba..makang.. lapar wei.. best jugak makan mengadap pantai.

Setelah itu, mula ambil gambar merepek..haha..

Harga peralatan untuk disewa

Pulau Manukan sangat bersih. Tong sampah ada di merata-rata tempat.

Kawasan pantainya terbahagi kepada dua. Yang seperti dalam gambar di atas ialah kawasan berbatu. Angin sangat kuat. Rasa seperti mahu terbang.

Haa.. yang di sini anginnya sepoi2 bahasa..

Barulah sesuai nak 'feeling' romantik..haha..

Sangat bersih kan..

Hari sudah petang..kami mahu pulang..
Kelihatan orang ramai bermain di gigi air (air ada gigi kah?)
Aku pun menyibuk mahu bagi ikan makan
Ikan sangat berwarna-warni

Bye2 Pulau Manukan! Ada rezeki kami datang lagi..

Gambar selingan..hehe..

Sangat seronok menghabiskan masa di pulau bersama en. suami. Malamnya kami makan malam di kawasan gerai ikan bakar seperti hari sebelumnya juga. Esoknya hanya berjalan-jalan di sekitar bandar KK sementara menunggu flight yang dijadualkan berlepas pada jam 6.10pm. Naik teksi yang beratur menunggu di hadapan hotel shj. Tambangnya RM20 juga. Sama seperti hari pertama kami tiba dari airport. Malangnya hari ketiga kami di bandar KK, kamera pula buat hal. Semua gambar yang diambil menjadi terang benderang. Mungkin sbb terjatuh ataupun terkena air hujan.. Tak apolah.. mujur ketika di pulau ia tidak buat hal.

Kesimpulan yang kami buat terhadap kunjungan pertama kali ke Sabah ialah:

KAMI MAHU DATANG LAGI!!!

Hehe... Rasa sangat tenteram dan aman sepanjang berada di sana. Banyak lagi tempat menarik yang kami tidak kunjungi contohnya seperti Kinabalu Park dan Kundasang. Kami juga terlepas 'tamu' yang kebiasaannya diadakan pada setiap hari Ahad di bandar KK tersebut. Masa yang suntuk dan juga budget yang terhad menyebabkan kami membuat pilihan untuk ke tempat2 tersebut pada lain masa shj, InsyaAllah.. Semoga Allah panjangkan rezeki kami untuk datang lagi ke sini..bye!

Saturday, January 16, 2010

Perkahwinan

Hmm... nak cerita apa ye..

Aku dirisik pada 25 Oktober 2008, bertunang 30 November 2008, nikah 21 November 2009, sanding 22 November 2009 dan majlis sambut menantu 5 Disember 2009..

Perasaan setelah melalui kesemua majlis tersebut?

Alhamdulillah.. semua urusan dipermudahkan olehNya.. Walaupun majlis aku taklah grand macam orang lain tapi aku bersyukur sebab tak ada perkara2 yang buruk berlaku.

Ni aku nak cerita la serba sedikit tentang majlis2 yang telah aku lalui.. cerita kt diri sendiri jek.. haha.. ada ke orang nak baca blog aku nih..

1) Majlis merisik

Ini adalah majlis yang paling malu aku pernah lalui seumur hidup..haha.. sangat malu untuk keluar menunjukkan muka, tapi kenala jugak keluar untuk bersalaman dengan tetamu dan juga menghidangkan makanan.. Maklum, aku anak perempuan tunggal dalam keluarga..kalau aku tak tolong2 kesianlah kat mak dan abah aku.. tersangatla malu bila wakil pihak keluarga lelaki memberitahu akan tujuan kedatangan mereka untuk merisik.. Masa tu, aku menyorok kat dapur sambil tersipu-sipu..haha..


2) Majlis pertunangan

Majlisnya ringkas sahaja. Hantaran 9 berbalas 9.. haha.. ikut suka kitorang je pasal hantaran ni.. tak ikut adat sangat..

Baju aku beli kain satin biasa je kat Jakel dan upah orang jahit baju kurung pahang. Pastu, tambah manik2 kristal tu je.. Boleh dipakai berulang2 kali sesudah habis majlis.

Make-up pula ditempek oleh sepupuku yang paling rapat iaitu Cik I. Bolehla.. make-up nipis je.. ala2 sweetlah kononnya.. lagipun aku taknakla membazir upah orang lain make-up.. bertunang je pun kan..


3) Majlis pernikahan

Diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Tmn Sri Rampai pada pukul lebih kurang 11.30 pagi. Masjid ni sebenarnya tempat aku belajar agama masa sekolah rendah dulu. Tak sangka aku nikah pun kt situ jugak.

Pakaian kami suami isteri adalah serba putih atas permintaan en. suami sendiri. Kata beliau, putih itu suci.. Iyolah.. bang oii..

Baju nikahku adalah dari spesis baju kurung moden. Kainnya murah sahaja aku beli kat Nagoya.. Semeter 5 hengget kalau tak silap.. Pastu aku beli kain chiffon yang murah semeter 5 hengget jugak rasanya utk buat lining.. Hantar upah jahit kt PKNS.. Sebenarnya butik tu tak amik pun tempahan jahit baju tapi sebab aku dah merengek2 kt kakak tu mintak tolong buatkan dia pun amiklah.. Dia hantar kt kawan dia kat Klang.. Aku suruh dia jahit baju nikah dan juga baju sanding sekali.. Antara sebab aku tergerak hati nak mintak kakak tu jahitkan baju aku sebab aku tengok baju2 yg dijual kat situ banyak yang guna lining dan agak kemas juga.. bukan senang nak cari taylor yang kemas jahit lining ni tau.. mak aku pun surrender tak mahu jahitkan. Dia takut bajuku itu hancuss..hahah.. Upah pun berpatutanlah.. 100 hengget.. Bagiku oklah harga tu sebab sekali dengan lining kan.. pastu kemas pulak jahitannya.. Tapi, kalau orang lain nak mintak dia tolong jahitkan juga tak tahulah dia nak ke idak..aku dapat tu pun sbb rezeki je tu.. Bajuku itu bakal diguna pakai pula oleh bakal isteri pakcikku yang akan berkahwin pada hari raya cina yang akan datang..Baguslah..

Berikut adalah gambar baju nikah kami.. Baju en. suami jugak ditempah di PKNS tapi butik yang lain.. Kainnya pun taklah mahal mana.. semeter belas2 hengget tapi nggak ingatlah angka sebenar. Beli kat Nagoya jugak. Tapi bila dah siap aku rasa ok je baju kitorang. Taklah nampak mcm murah sangat pun.. Haha.. perasan..


4) Majlis persandingan

Dibuat di Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan, Tmn Sri Rampai. Aku amik pakej dengan satu butik pengantin ni kt Gombak. Apa ntah nama butiknya aku kurang ingatlah.. Salah satu tujuan aku tulis blog nih ialah supaya aku boleh recall semula info2 sementara aku masih ingat ni.. Sbb aku ni cepat lupa..hehe.. Tapi nama owner butik tu aku ingat lagi iaitu Kak Yus.. Oklah K.Yus ni.. Orangnya senang dihubungi dan dibawa berbincang.. Aku pulak jenis pengantin yang simple je.. so lagi senanglah nak bekerjasama..

Harga pakej dia aku rasa harga biasa la kt KL ni.. RM 1400 merangkumi make-up 2 kali untuk nikah dan sanding, pelamin dan juga aksesori. Baju aku pakai baju sendiri. Make-up dia oklah. Natural.. mmg itu pun yang aku nak.. Nggak mau yg tebal2.. hari nikah K.Yus yang make-up kan aku. Dia datang awal.. Baguss.. Pukul 8 pagi dah bagi salam dah kat umah aku.. Hari sanding pulak dia hantar orang lain make-up kan.. Namanya K.Wati.. pun datang awal jugak.. aku tengah khatam Quran masa dia sampai tu.. Salah satu perkara yang merisaukan aku ialah mak andam datang lambat.. Sbb kebanyakan wedding kawan2 yang aku pegi, rata2 mak andamnya datang lewat.. Pastu mula la terkejar2 nak make-up.. I tak sukeee macam tu..

Pelamin dia aku rasa biasa je.. sbb expectation aku lain sebenarnya.. Tapi sbb dia dah siap pasang masa aku pegi jengah ke dewan pada malam sebelum majlis tu, so.. aku redha jelah..

Baju sandingku seperti yang telah diceritakan di atas, ditempah di atas ehsan seorang kakak yang bekerja di sebuah butik di PKNS. Aku sangat penin sebenarnya memikirkan design baju sandingku itu.. Aku tak mahu sewa di butik pengantin kerana kebanyakan baju tidak mengikut seleraku.. jaranglah, pendeklah, ketatlah.. besar sangatlah.. mcm2.. Oleh itu, aku membuat keputusan mahu menempah sendiri baju yang simple tapi sweet.. eceh.. konon2 boleh diguna pakai semula kalau mahu pergi function ke apa ke.. So, inilah hasilnya setelah penat aku menggoogle dan juga menelaah majalah pengantin.


Baju sandingku itu konon2 mahu tiru baju Siti Nurhaliza tapi sbb menggunakan kain yang murah je kan.. so.. hasilnya nampak taklah secantik seperti yang Siti pakai. Tapi aku tetap sukee.. baju tersebut. Tudung pun aku beli sendiri je.. beli tudung bawal kosong kt kedai Bunga Reben kt dalam bangunan sebelah Semua House tu, sehelai 6 hengget je. Pastu beli hiasan yang letak kat hujung tudung tu.. apa ntah pangilannya.. semeter pun 2, 3 hengget je.. aku kurang ingatlah harga sebenar.. pastu jahit sendiri. Veil pun aku beli sendiri harganya 50 hengget setelah penat menjelajah seluruh Jln TAR bersama sepupuku. Susah tau mahu cari veil warna peach n gold yang cantik dan murah.. Itu adalah harga termurah yang aku boleh dapat.. Tulah.. sapa suruh mengada2 nak pakai baju sanding warna peach.. lepas tu.. sendiri susah.. Berikut adalah hasilnya..

Hmm.. lagi nak cerita apa ye.. Haa.. mahu lihat kasut sandingku? Jangan gelak okeh.. Jeng..jeng..

Hahaha.. mungkin tidak pernah dibuat orang tapi aku peduli hape.. yang penting aku selesa nak berjalan dan juga boleh diguna pakai lagi selepas itu..Ala.. dalam gambar bukannya nampak sgt pun..

Kad kawin kitorang dapat tempah kat tempat yang murah dan cantik.. Alhamdulillah, rezeki.. Sekeping 35 sen untuk 800 keping. Dapat
bunting free lagi.. Masa tu promosi sempena bulan kemerdekaan. Kitorang tempah kat satu kedai ni kat Jln Pudu. Tapi tadi apsal aku bukak website dia tak blh plak ye.. Hmm.. musykil.. Tapi, hari tu aku ada bukak website dia tengok harga sudah naik jadi 80 sen da..

Katering pula aku ambil dengan Lusiana Catering atas saranan Pn. A. Ini websitenya. http://www.themakan.net/. Makanan sedap sampai tak cukup. Aku pun tak sempat merasa lauk kenduri. Masa makan beradap tu kan control ayu..haha.. Servis pun bagus. Senang nak berurusan.

5) Sambut menantu


Hadoi.. penat juga tulis blog nih.. sekali tulis punyala panjang.. lps ni ntah tulis ke idak lagi nih..
Oklah, majlis sambut menantu diadakan di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan. Bagiku, majlis yang disediakan agak meriah juga.. tapi bila kutanya pada en. suami berapa harga pakej yang diambil, beliau pun tidak ingat la.. tapi yang pastinya lebih murah daripada harga di KL. Majlis diadakan serentak dengan abang kepada en. suami. Kiranya ada 2 pengantinlah pada hari tersebut. Ok, cuci mata sket ye..
Sampai di sini shj coretanku tentang majlis perkahwinan. Sebenarnya ada banyak lagi yang nak ditulis tapi aku sudah tak larat la.. Mahu pergi lipat baju pula.. Bye!

Permulaan

Assalamualaikum..

Hihi.. malu sebenarnya nak tulis blog nih! Aku bukannya jenis orang yang suka share perkara peribadi dengan orang lain melainkan yang benar-benar rapat je..

Tapi.. bila dah berkahwin ni.. rasa nakla jugak mengabadikan kenangan bersama suami supaya bila baca semula boleh ingat kembali moment2 yang indah itu.. eceh.. konon..haha..

Blog ni sebenarnya adalah catatan peribadi untuk diri aku sendiri. Mungkin di masa akan datang, aku boleh refer semula apa2 info yang aku tulis kat sini. Di samping itu, kalau info2 yang aku tulis di sini dapat membantu orang lain.. itu satu bonuslah kan.. bagus jugak dapat berkongsi ilmu nih..

Minta maaflah kalau tulisan aku ni merapu dan juga bahasanya tidak bagus kerana aku tulis untuk suka2 sahaja.. Tak tahulah sampai bila aku akan ada mood untuk berblog nih.. Takut hangat2 tahi ayam je.. hehe.. Tapi, InsyaAllah.. aku cubalah sedaya upaya untuk update terutama bila ada cerita2 yang menarik.. Oklah, sampai di sini sahaja untuk 1st entry..