Tuesday, November 22, 2011

2nd Anniversary

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Pejam celik..pejam celik dah 2 tahun usia perkahwinan kami. Tak sedar masa berlalu. Dah banyak yang kami lalui dan lebih banyak lagi menanti selepas ni, InsyaAllah, kalau dipanjangkan umur. Aku sebenarnya sangat2 bersyukur ditemukan jodoh dengan En suami. Perjalanan masih panjang. Semoga Allah merahmati perkahwinan kami dan dibimbingNya kami ke jalan yg benar. Aminnnnn…

Remove Formatting from selection

Ada cerita kelakar di hari ulangtahun perkahwinan yg kedua ni. Aku buat surprise kat En Suami. Mlm hari kejadian tu, aku keluarkan kek yg dibeli secara rahsia kat Secret Recipe ms on the way balik keje. Alah, sekeping aje pun. Budget kureng..heheh.. En suami sangat terkejut tengok aku pegang kotak kek tu.. Ketawa bukan main lagi.. Aku pun ingatkan dh berjaya la buat surprise kan. Lepas tu, dia suruh aku bukak kotak kek tu. Bila aku bukak, lagilah dia terkejut ketawa terbahak2.. Cepat2 dia ajak aku g dapur. Lepas tu dia keluarkan something daripada peti ais. Rupa2nya dia pun beli kek kat Secret Recipe secara rahsia masa on the way balik keje td. Kek yg sama pulak tu. Cuma ada satu lg tambahan. Dia ingat aku bawak kek yg dia beli td. Sbb tu dia terkejut sangat. Aku pulak, bila tengok kek yg En Suami beli tu, terus ketawa terbahak2 jugak… Lawak betullah. Kepala sama je… Zahrah terpinga2 tengok ibu ayah dia bukan main lagi gelak.

Ada dua kotak kek. Yg aku beli sekeping terlepek mcm tu je. Yg En Suami beli romantik sikit.Hehe..

Haa... yg ini lah yg En Suami beli. Hitam putih kehidupan gitu...

Saya sudah bersedia!

Nyum..nyum.. sedapnya makan kek. Bukan selalu ibu ayah bagi makan mcm ni..

Macam nilah cara makan kek yg sebenar..heheh

Kejadian ni berlaku pada 21 November 2011 yg lalu tapi aku baru nak update hari ni... Mmg selalu mcm ni pun aku ni.. Anyway, I'm happy with my family. Terima kasih Ya Allah. Walaupun tak ada acara gilang gemilang, hadiah mahal, romantik dinner ke apa ke kan.. aku tak kisah pun. Yg penting tanda ingatan.

Oklah, jumpa lagi. Bye!