Wednesday, December 28, 2011

Katak hijau dari kak tif dan kak ain

Assalamualaikum...

Zahrah geli dengan katak hijau hadiah dari kak tif dan kak ain. Bila geli macam ni pulak jadinya. Geli-geli pun nak main jugak tu..hihi

Terima kasih, kak tif dan kak ain :)


video

Sunday, December 18, 2011

Zahrah one year old video

Assalamualaikum...

Ni video zahrah terbaru. Wah gelak bukan main lagi dia. Pandai ayah buat zahrah tergelak...hihi


video

Wednesday, December 14, 2011

Zahrah dan ayer

Assalamualaikum,

Zahrah tk sihat skrg ni. Demam, batuk dan selesema. Kesianlah tengok budak kecik batuk, especially yg berkahak tu. Dah lah hidung tersumbat. Mlm td dia tk boleh tido, termasuklah ibu dan ayahnya sekali. Last2, bila dah boleh tido... terlajaklah pulak...huhuhu...tk mahu diingat lagi.

Ni aku nak tepek sekeping gambar Zahrah ms dia tengah sihat dulu. Semoga anak ibu cepat sembuh dan ceria seperti selalu. Amin!

Jeng..jeng..jeng..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..














Auwww! Seksi! Hahahah! Suka sangat dapat mandi dalam baldi. Tunjuk gigi yg 4 batang tu.. :) . Picture was taken at ~11 months.


Oklah. Bye!















Friday, December 2, 2011

Jalan-jalan ke Cameron Highlands

Assalamualaikum,

Ini entry tertangguh. Dah lama dah nak tulis tapi aku tkde mood nak berblog..huhu... hari ni aku terlebih mood maka mari kita lihat apa yg berlaku pada cuti deepavali yg lalu.

Kami sekeluarga bersama adik beradik En Suami telah pergi berjalan2 ke cameron highlands secara berjemaah..hehe.. menarik tak.. Tido satu malam kat rumah yg disewa dalam kawasan MARDI. Satu malam dalam RM 400 kot. Oklah kalau pergi ramai2..

Nilah rumah yg kami sewa. English stail gitu...

Zahrah dan Kak Tif

Taman bunga dalam kawasan MARDI

Sedapnya strawberry cicah coklat

Aku lupalah kenapa Zahrah marah masa ni. Dia nak pegang kamera tp org tk bagi kot

Ahli2 rombongan :)

Zahrah suka tengok arnab

Bagi Zahrah makan sekejap

Kat pasar malam di Brinchang

Strawberry!

Malamnya kami buat BBQ. Kak Za dan Abg Jan tonggak utama..hihi

Banyaknya ayamsss...

Ini suasana di dalam rumah. Mcm kt oberseas tk? Heheh

Pergi ke ladang teh pulak. Sejukkkkk sangat kat sini

Cool tk saya??? Heheh

Ni kat taman rama2

Zahrah pelik tengok rama2 banyak sangat

Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku tk larat lah nak upload semua. Huhu... seronok jugak sekali sekala pergi berjalan2.. walaupun cuma 2 hari satu malam je, oklah tu.. Lama2 sangat nanti penat pulak.

Oklah. tk tau nak tulis apa dah. Bye!

Zahrah 1 year old

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, seminggu selepas anniversary kami ialah tarikh Nadhratul Zahrah dilahirkan pulak. 1/12/11 Zahrah dah cukup setahun. Cepat betul masa berlalu. Masih terasa2 lagi sakit bersalin yang dulu. Masih teringat2 lagi macam mana kami pening2 lalat berjaga malam masa aku dalam pantang dulu..huhuhu... Sekarang Zahrah makin membesar. Dah pandai berjalan perlahan2 sambil pegang benda kat sekeliling dia. Dah pandai memanjat. Dah pandai berdiri lepas tangan.. Dah pandai merajuk..(yg ini kelakar kalau di ingat balik) Dah pandai memilih makanan.. Mcm2 lah.. :).

Malam hari kejadian tu kami buat makan2 sket. Mula2 ingatkan tak jadi nak buat sebab Zahrah demam. Tapi sebab dia macam dah ok sket maka kami teruskan jelah. Jemput kawan2 Zahrah yg dekat2 blok ni je. Saja suka2.. Makanan pun simple2 je.. Semua pun bukan hasil air tangan aku. Huhuhu... Aku sibuk sket hari tu tak sompek den nak masak2 segala melainkan goreng nugget sajok... Seperti biasa, let the pictures tell the story... :)

Ini kek yang kami beli kat kedai saja. Mujur ada yg ok. Beli pun last minit lepas balik keje. Dekat kul 7pm baru sampai rumah.

Antara kawan2 Zahrah yg hadir.. Anak2 jiran semua ni

Sesi potong kek. Ibu dan ayah lebih teruja. Anak biasa je.. Mengantuk adalah...hahaha. Kelakar tak rupa meja potong kek kitorang tu? Guna kotak aje, lepas tu alas dengan kain pasang aku yg belom jahit.. kreatif tak?? huhu.. maklumlah rumah sewa kami tk banyak perabot

Kanak2 berebut2 nak makan kek

Makanan yang terlibat di hari kejadian. Puding roti dan bingka labu ihsan daripada Pn Jay. Terima kasih Pn Jay! Mini pizza ditempah daripada Cik D yg cun. Nugget pula digoreng oleh Ibu Zahrah yang kelam kabut sebab tetamu dah sampai tapi nugget tak siap goreng lagi. Huhuhu

Tetamu menikmati makanan yg simple tapi sedap..hihi

Penuh rumah kecil kami dengan kanak2...

Say peace! :)

Majlis dah selesai.. Kanak2 disuruh angkut belon2 tu bawak balik rumah. Suka lah diorang

Majlis bermula jam 8.30pm dan berakhir jam 9.00pm. Sekejap je kan... hehe.. Overall, kami rasa seronok, Zahrah pulak rasa biasa je kot. Sebab dia tk berapa sihat kan... Tapi dia taklah meragam. Bagus anak ibu... Malam tu badan Zahrah panas sangat. Aku terjaga kul 2.30am and check temperature dia dah 39.3! Terkejut aku. Cepat2 ajak En Suami bagi Zahrah makan ubat dan basahkan kepala dia dengan air paip. Alhamdulillah, walaupun dia nangis2 tk nak makan ubat, tapi dia telan lah jugak bila ubat tu dah masuk dalam mulut dia. Kul 3am selesai makan ubat, susukan dia, dan tidokan dia..pagi tu masa hantar kat pengasuh badan dia dah tk sepanas malam tadi. Alhamdulillah. Risau tau kalau badan baby panas2 sangat ni. Bahaya.

Oklah. sekian sahaja coretan saya utk kali ini. Jumpa lagi di lain entry. Bye!