Friday, October 21, 2011

Permainan Zahrah

Assalamualaikum,

Tiba2 hari ni rajin pulak aku publish banyak2 entry ye..hehehe..
Permainan Zahrah kebanyakannya terdiri drpd perkakas2 dapur. Ada jugak permainan yg memang permainan. Tapi dia main sekejap je. Tak laratlah kami nk beli banyak2 kan. Maka, bagi saja barang yg memang dh ada kt rumah asalkan tk membahayakan. Ni masa Zahrah berumur 10 bulan 3 minggu.

Contohnya blender ini. Dia cuba nak masukkan semula penutup plastik yg transparent tu.

Tapi susah lah.

Ishhh... kenapa tk boleh ni...

Tension la mcm ni...

Ke patutnya letak kt sini...

Ishhhh... tk boleh pun...

Ibu ni asyik ambik gambar je.. Tk tolong pun...

Ibuuuuu... huhuhu...

Sekian, terima kasih :).

Zahrah dan buku

Assalamulaikum,

Hujung minggu lepas kami anak beranak pergi ke Big Bad Wolf Book Sale kat MAEPS, Serdang. Kebetulan malam sebelum tu mak dan abah aku dtg. Diorang tiba2 rindu nak jumpa cucu. Huhuhu... Maka dgn mak abah aku skali ikut pegi Serdang. Gigih betul. Hahaa..

Sebelum sampai, kita kasi dia tidur dulu supaya tk meragam nanti.

Singgah solat Zohor kat Masjid UPM. Nilah atok yg rindu kt Zahrah tu.

Dah sampai kt MAEPS. Parking kereta jauh sket. Maka, kena naik shuttle bus lah nak pergi ke dewan. Bas banyak je. Takde masalah. Zahrah 1st time naik bas. Dia jakun jugaklah. Mula2 malu2 bila org kt dalam bas tu agah2 dia. Bila dh nak sampai dewan tu, boleh pulak dia tiba2 menjerit dengan kuatnya. Terkejut semua org. Kiranya dia dah tk malu lah tu. Tapi mak bapaknya lah pulak yg malu..huhuhu...

Oleh kerana kami belum makan tengahari lagi, maka singgah makan dulu sebelum masuk dewan. Fastfood je yg ada kat tepi dewan tu. Tak kisahlah.

Okeh! Saya dah ready! Dengan rambut yg berserabai..hehe

Kena beratur dulu utk masuk dewan. Tak lama pun beratur. Eh, atok pun ikut rupanya...

Masuk je terus menuju je children section.

Sangat banyak buku dan sangat murah sampai Zahrah pun tk tau nk pilih yg mana satu..

Ayah posing malu2..

Dah nak balik dah. Hujan lebat...Zahrah dh penat.

Singgah rumah adik aku sekejap. Nak tengok anak buah. Ni namanya Adam Haikal. Tua sebulan lebih sikit drpd Zahrah.

Adik aku pergi sale ni masa hari kedua. Dekat je dgn tempat kerja dia, MARDI. Masih banyak pilihan menarik mcm dalam gambar kat atas tu. Harga ~RM10 setiap satu.

Siap boleh cabut2 lagi character kat buku tu. Zahrah sukalah.

Ni buku yg kami belikan utk Zahrah. Kertas keras. Oklah, harga RM5 setiap satu. Dia bukannya tau baca lagi pun. Tengok2 gambar je.

Aku memang nak biasakan Zahrah dengan buku sejak drpd kecik. Tapi Zahrah secara naturalnya memang suka buku. Dia suka selak2 dan tengok2..

Kalau makan kt restoran, masa tunggu makanan sampai pun sempat lagi selak buku. Eleh, action je tu...hehehe...

Oklah. Bye!

Zahrah dan rakan sebaya

Assalamualaikum,

Entry kali ni aku letak gambar2 Zahrah dgn rakan sebaya nya. Mana yg ada terambik gambar lah ye.

Zahrah dan Khadijah - Anak kawan aku, Hamidah. Sukanya Zahrah kena agah dgn ayah dia.

Zahrah dan Arsyad - Anak kawan En Suami, Karimah dan Rahimi. Zahrah demam masa ni. Sangat garang okeh. Orang lain nak pegang dia tepis2 nya tangan.

Mak-mak yang kebetulan sama theme pulak.

Zahrah dan Aleesya - Anak kawan baik En Suami, Andy. Pengapit kitorang masa bersanding dulu :).

Ni isteri dia. Baru lepas habis pantang bersalin anak kedua. Kami datang melawat baby dia la ni. Nama baby ialah Annisa.

Oklah. Jumpa lagi. Bye!

Friday, October 14, 2011

Pemakanan semasa mengandung

Assalamualaikum,

Entry ni dah lama aku draft tp asyik tertangguh je nak siapkan. Saja untuk rujukan diri sendiri. :)

1. Susu

Susu sangat diperlukan semasa mengandung sbg sumber kalsium. Alhamdulillah, aku tkdelah sangat rasa sakit2 pinggang ke apa sepanjang mengandung. Sakit sikit2 tu adalah. Biasalah kan, dah nama pun mengandung. Dulu aku minun susu Anmum materna. Bila dah hujung2 pregnant aku start minum selang seli dgn susu kambing hi goat plak. Nak minum susu kambing sepenuhnya tak mampu la. Mahal. Sehari minum susu 2 kali. Alhamdulillah, aku agak konsisten di situ. Tapi rasanya klau pregnant lg lain kali aku nak minum susu kambing jelah dari awal pregnant. Lebih bagus rasanya. Kalau aku ada rezeki lebih la. Hehehe.. Harap2 boleh elakkan baby dr kena jaundis. Pernah terbaca yg minum susu kambing ms pregnant boleh kurangkan risiko anak kena jaundis.

2. Kurma dan kismis

Ni pun bagus makan. Kata org boleh kurangkan jaundis jgk. Tapi aku tk larat sebenarnya nak mkn kurma setiap hari 5 biji mcm yg disuruh oleh en suami. Tapi paksa diri jgk. Manis sangat. Aku bukannya suka manis2 sangat ni. Tapi manis coklat suka. Hehehe.. lepas tu nak dapatkan stok kurma ms selain drpd bulan puasa sangatlah payah. Br2 ni aku dpt tau banyak kurma yg dicelup ke dlm air gula utk menambahkan rs manis nya. Klau tengok kat kulit kurma tu berkilat2 + melekit semacam je.. ha.. kena simbah dgn air gula lah tu. Klau nak yg lebih selamat, beli kurma bertangkai. InsyaAllah tk dicampur gula. Hishh.. kalau aku tau benda ni daripada dulu kan bagus. Kismis pun bagus nanti dapat anak cerdik. Hehe.. tu teori aku lah.

3. Minyak ikan

Minyak ikan / fish oil sangat bagus utk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal 4 bulan kalau tk silap. Aku dulu start makan ms dh pregnant 5 bulan rasanya. Aku ambil brand Neurogain PB. Sbb nya hasil drpd pembacaan aku, brand tu yg paling bagus skali utk kategori supplement utk ibu mengandung ni. Even gyne pun recommend brand tu. Setakat ni aku tengok Zahrah agak cepatlah jgk perkembangan dia. Cepat pick up. Kena bgi byk rangsangan lagi nih.

4. Buah delima

Buah ni banyak khasiatnya. Buah dari syurga. Tapi aku tklah mkn banyak sangat dulu sbb lama sangat nak menghabiskan sebiji. Banyak biji kecik2 kan. Aku tak berani la plak nk telan biji seketul2 mcm tu. Kdg2 aku kunyah je biji tu. Tapi selalunya aku hisap isinya, biji buang. Hehehe..

5. Spirulina

Aku ambil spirulina dulu sbb nak naikkan Hb. Aku kan kena anemia dulu. Membantu lah jugak. Pada ms yg sama ia bagus utk bayi. Ada yg kata nnti kulit baby jadi cantik. Setakat ni aku tengok kulit Zahrah Alhamdulillah oklah. Tkdelah ruam2 ke apa.. Tk sensitif sangat. Cuma yg aku geram tu, bila kena gigit nyamuk jdi berparut dan lambat nak hilang.

6. Air kelapa

Ada orang kata minum air kelapa ms mengandung nanti kulit baby yg lahir bersih. Aku minum dulu bila kandungan dh mencecah 7 bulan. Tk boleh minum awal2 sgt, terutama masa trimester pertama. Boleh menyebabkan keguguran. Alhamdulillah, masa lahir dulu kulit kepala Zahrah tkde kerak pun, sampailah sekarang ni.

7. Telur ayam kampung

Sangat membantu untuk menambahkan tenaga. Aku turun tanda nak bersalin sejak hari Ahad, tp bersalinnya hari Rabu. Dalam tempoh tu, aku tk berselera sgt makan. Sbb contraction makin lama makin kuat kan. Aku banyakkan makan telur ayam kampung. Rebus sajo. Alhamdulillah.. walaupun tak tido sepanjang malam, aku masih lagi ada tenaga nak meneran selama hampir 1 jam start drpd kul 2.30 pagi..huhuhu..

Makanan2 yang lain tu aku makan mcm biasa. Cuma aku tk mkn sgt makanan2 masam, berjeruk, makanan segera, makanan yg dah diproses, makanan yg dibakar dgn arang dan juga 'cekedis'. Sbb aku rasa tk elok untuk badan kita dan juga baby. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh google sendiri ye.Hehe..

Alhamdulillah, setakat ni Zahrah senang diuruskan. Nak kata senang sangat tu tkdelah. Biasalah baby kan.. perangai mcm baby lah. Tapi dia tk banyak ragam. Harap2 perangai dia elok sampai ke besar lah. Lagi satu, aku selalu ingatkan diri sendiri supaya hanya bercakap benda yg elok je dgn anak. Sbb kata2 ibu adalah doa kan.. Contohnya.. tak nak lah cakap " kenapa manja sangat ni? sikit2 nak nangis. tak boleh biar sekejap. ada je hal dibuatnya'. Rasanya lebih baik cakap " jangan nangis ye.. zahrah bagus kan.. main mainan ni. ibu nak sidai baju kejap'.. Ni contoh je la..huhuhu..

Ubat2 yg klinik bagi semua aku makan. Mak aku kata dulu jangan makan sangat ubat2 doktor bagi ni takut nanti baby lahir besar. Tp Alhamdulillah, ok je anak aku. Kecik cenonet je. Tak besar pun. Ubat2 tu semua untuk menampung kekurangan zat dalam badan kita je. Takde kaitan lah dengan baby besar ke kecik.

Oklah. Jumpa lagi di lain entry.
Bye!