Tuesday, May 29, 2012

Gigi saya

Assalamualaikum,

Wah..wah..wah... Nampaknya en suami sudah ambik alih kuasa ye..hihi.. Siap letak entry lagi.. Maka, kali ini marilah kita kembali kepada penulis yg asal.. Entry pendek je.. berkenaan gigi Zahrah. Aku rasa aku tk pernah cerita pun pasal perkembangan gigi Zahrah ni. Anak dah nak masuk umur setahun setengah baru nak cerita.

 
Hai.. nak tau tak gigi saya dah ada berapa batang sekarang ni?

 
Siapa teka betul saya bagi hadiah hp ibu say ni!hehe..

Suka hati je kan nak bagi hp ibu kat orang.. Dahla hp cikai je..huhu.. jatuh sikit dah berterabur.
Anyway, gigi Zahrah sekarang dah ada 10 batang. 4 gigi atas, 4 gigi bawah, 2 gigi geraham atas.

Oklah. Jumpa lagi di lain entry.
Bye! :)

Friday, May 25, 2012

Jumping jacks

Assalamualaikum...

Kali ni nak share tips kesihatan pulak. Alkisahnya pasal jumping jacks atau lompat bintang. Senaman ni bagus utk kesihatan jantung dan mengurangkan berat badan. Mudah nak buat, tak perlu apa-apa peralatan. Kalau nak berskipping tapi takde tali, so ini lah pilihannya. Untuk yang sangat jarang bersenam dan ingin mulakan jumping jacks, jangan paksa diri utk terus buat bilangan yang banyak. Buat ikut kemampuan semasa. Setiap hari atau setiap minggu, cuba tambah masa atau bilangan anda buat jumping jacks. Sebagai contoh, minggu pertama buat utk 30 saat shj. Minggu kedua buat sampai 1 minit, dan bertambah seterusnya bergantung kepada kemampuan individu. Recommended duration is 3-4 minutes. Di sini ayah tempelkan video ayah tengah buat jumping jacks. Hebat tak english ayah? hahaha. Apa pun harap kita istiqomah ye ibu..hehe. Wassalam.

video

Wednesday, May 9, 2012

Tajuk entry: Borak-borak ibu dan ayah pada satu petang yang ceria semasa perjalanan pulang balik kerja


Assalamualaikum…

Kali ni unik sket tajuk entry blog kiut ni. Ala..unik ke? hehe. Unik la tu. Mana ibu Zahrah pernah buat tajuk entry tulis panjang-panjang kan? Ni sembang-sembang antara ibu dengan ayah Zahrah masa pulang dari tempat kerja. 


Situasi: Dalam kereta lagi best yang kiut
Masa: Selasa, 6.50 ptg yang ceria


Ibu: Kepala ibu pening la… semalam ibu tak lena tidur. Best je tengok korang berdua tidur. Dengki ibu rasa (mood monyok, sambil rendahkan seat utk sandar)
 
Ayah: Ibu tak boleh tidur semalam? Ibu terlebih tidur kot petang semalam… sebab tak sihat kan. (Isnin ibu mc kije). Sekarang ni ibu rasa macamana? Ada demam-demam lagi?

Ibu: Demam dah tak sangat dah. Tapi kepala la pulak pening.

Ayah: Tak pe, malam ni tidur awal ye. Tadi Kak Nah sms abang kata Zahrah gi mengurut rumah Mak Munah (ayah mengalih topik).

Ibu: Ha’a! Kelakar la! Zahrah gi mengurut! Haha.. Macamana la agaknya ye..(dah ceria dah sket)

Ayah: (Dalam hati: Terer tak ayah tukar mood ibu). Nasib baik Zahrah ok, takde apa-apa serius berlaku. (tengahari tadi Zahrah terjatuh dalam bilik air masa mama mandikan).

Ibu: Ha’a. risau ibu tadi (muka risau pulak). Tapi nasib baik ok.

Ayah: Hihi..hihi..

Ibu: Nape?

Ayah: Best la baca entry ibu buat tu (sesi fotoshoot bersama kucing). Hihi..haha.. kuitnye la hai. Kreatif susun gambar dengan cerita.

Ibu: Ye lah. Pandai kan ibu buat entry. Ayah mana boleh buat macam tu. (muka bangga..hehe)

Ayah: Ala…  tu semua sebab ayah yang pandai amik gambar kan…kan? Terer tak ayah?

Ibu: Ala..sebenarnya ibu yang pandai tulis cerita.

Ayah: Ok, kalau macam tu tengok nanti ayah tulis entry yang lagi best.

Ibu: Ok. Ibu tunggu. Mesti tak leh challenge entry ibu punya…(sambil menaikkan semula seat sandar)

Ayah: Hihi. Ok, bila ibu baca mesti ibu kagum.


Perjalanan hampir sampai ke rumah apartment kami. 
Di simpang empat sebelum kawasan apartment....


Ibu: Eh, tengok tu ayah! Ada orang jual khemah la. Wow.. bestnya kalau Zahrah main-main kat dalam khemah tu! (muka dah tak monyok dah. Excited sangat. Dah lupa kepala sakit).

Ayah: Orang jual khemah? Ape kejadah nya jual khemah pulak kat situ?

Ibu: Tu..! Tengok la ayah! Tengok la! (beria)

Ayah: (tak pandang pun. Fokus pada pemanduan). Pelik la apa pulak jual-jual khemah?? Khemah Zahrah main??

Ibu: (tak puas hati) Nuuu..ha..! tengok la! Ala..khemah untuk budak-budak. Kiut nye..!

Ayah: (Dalam hati: Wah, nak sangat la tu. Zahrah ke Mak Zahrah yang beria nak? hehe).


Perbualan pasal khemah terhenti begitu sahaja sebaik kereta sampai kat parking area. Kesimpulan dari perbualan di atas ialah: 

Pertama;  
Kemalangan di bilik air adalah kemalangan yang kerap berlaku sebab lantai licin. Jadi kita kena amik langkah utk cegah kemalangan. Plan nak beli lantai plastik lubang-lubang kat econsave balik kerja nanti (Anti-slip floor).

Kedua;  
Ayah kena tulis entry yang best, sebab ibu dah cabar ayah tulis entry lagi best dari ibu. Entry ni kira best tak, ibu? Ni kira best la kan? kan? kan?


Ayah dengan ini berani mengatakan entry ni entry yang best kerana……………….



Sila Scroll down….









































Scroll down lagi….































Lagi….

































Lagi….























Jeng… jeng.. jeng….!





Eh, Zahrah duk dalam ape tu??


Wah, cantiknya! Ada atap la...! Pink gitu (maafkan lubang hidung Zahrah yang kembang tu ye. sebab excited sangat la kata kan)


Nak tahu Zahrah duk dalam ape? Ok zahrah keluar dari tempat tadi. Wah! Cutenya khemah!!


Ada brochure pasal khemah cute ni la. Cantiknya. Tapi nak simpan kat mana ye?

Ok tak kalau Zahrah tampal kat sini?

Eh, tak melekat. Tak pe lah.
Bestnya ada khemah baru! Posing sket depan khemah cute ni. Ayah, amik gambar! :)


Harap ibu dan zahrah suka entry ayah yang terbaru ni.

Wassalam :)

Tuesday, May 8, 2012

Sesi fotoshoot bersama kucing


Assalamualaikum,

Alkisahnya hujung minggu yg lalu kami telah pulang ke rumah atok dan nenek Zahrah. En Suami tiba2 pulak nak buat sessi photoshoot (sangatlah kan..) Zahrah di pagi2 hari di kala beliau kelihatan begitu masam, baru bangun tido, rambut berserabai dan tak mandi lagi....hahaha.. nasib la mu Zahrah... Nasib baik dah tukar pampers. Takpela ye.. Kalau asyik tayang gambar anak yg tengah comel je pun maybe boring kan.. Maka sekali sekala marilah kita enjoy gambar2 Zahrah yg 'natural beauty' ni..haha

Hai semua... selamat pagi..

Ok tak posing macam ni?

Jalan2 pijak batu...

Di bawah langit yang biru..

Di atas gelanggang badminton..

Hmmhhh.. tapi lama2 boringlah pulak..

Eh, ada kucing lah..

Ala.. spoil mood aku nak mkn jela..

Bestnya tengok kucing makan..

Beesssttt sangat tengok kucing makan tau!

Alah...boringlah aku minah ni...

Eiii... kucing... jangan lari!

Ahhh...tak kira... nak lari jugak!

Alaaa...

Takpe.. boleh tengok kucing lain..

Eh, Adam pun turun lah...

Ayah, ambik kan gambar Zahrah dengan Adam ye..

Adam dah mandi, Zahrah tak mandi lagi. Nampak sangat kan... hehe.. walau apa pun, senyum tetap senyum.. Peace yo!

Oklah. Jumpa lagi. Bye!

Sunday, May 6, 2012

Kolam Mini Mama Long

video
Main air kat kolam mini rumah mama long.

Seronok betul Zahrah dapat main air...

Tengok tu... sengih nampak semua gigi..

Awwww... ada nampak macam iklan Pentene tak?..
Cubaan membaling air ke muka Abg Arham


Artistik tak gambar ni.. heh heh..


Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)

Zahra and Adam Haikal



Today, Zahra is one year five months and five days old. Adam is one month older than Zahra.