Wednesday, April 18, 2012

Hari jadi ayah 1

Assalamualaikum,

Tajuk kat atas tu aku letak nombor sebab kalau masih panjang umur dan ada kesempatan masa nak ber'blog' InsyaAllah akan ada siri Hari Jadi Ayah 2, 3, dan seterusnya...heheheh.. macam tajuk novel pulak.

Hari jadi En Suami tahun ni disambut secara sederhana shj oleh kami anak beranak. Lagipun memang dia suka macam tu pun.. Oleh kerana keadaan kewangan kami yang sederhana je sekarang ni, maka aku hanya belanja beliau makan KFC sajokk... Tkde hadiah beb.

Mari lihat cerita bergambar.

Sangat susah nak suruh Zahrah pandang kamera sekarang. Nak senyum apatah lagi. Masa kecik2 dulu kalau ayah dia agah je mesti senyum or gelak tapi sekarang ni buat tak tau je. Tu gambar kat atas tu sibuk nak panjat meja. Aku pulak konon2 kreatif. Print out kad birthday lepas tu cucuk atas ayam. Letak riben sket. En suami ingat orang KFC yg bagi. Padahal aku kelam kabut letak benda2 alah tu masa dia pergi sinki.

Beriya sungguh Zahrah nak ambik fries je pun siap dengan kaki sekali naik atas meja. Zahrah, lain kali kalau nak ambik fries guna tangan je pun dah cukup. Kaki tak boleh pegang fries tau.

Ok ibu.. Zahrah dah siap ambik fries. Dah boleh turunkan tangan dan kaki.

Maka dah boleh makan dengan gembira. Eh, huduh la aku pi balut kad tu dgn plastik kan.. Konon2 tak nak bg kotor.

Dah boring duduk kat kerusi ibu pulak kena pegang.

Lepas tu dah boring ibu pegang nak berjalan2 lah pulak.

Anyway, selamat hari jadi abang! Walaupun tak seberapa harap abang gembira :).



Oklah. Jumpa lagi. Bye!

Monday, April 16, 2012

Saya dulu dan sekarang

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog. Malas dan tk tau nak cerita apa..heheh..

Mari kita tengok perubahan Zahrah dulu dan sekarang.


Dulu.. Zahrah ~ 8 months

Kini.. Zahrah ~ 16 months

Jumpa lagi. Bye! :)

Wednesday, April 4, 2012

Who is this?


"This is my father. Not me :)", says Zahrah