Monday, December 31, 2012

Jalan-jalan ke nursery sg buloh

Assalamualaikum,

Ehemm... kamera dah beli yg baru. So, ada gambar, barulah syok sikit aku nak update blog. hihihi... Alah, kamera mcm yg rosak sebelum ni jugak. Weekend lepas kami ke sg buloh. Saja survey2 rumput, tengok pokok2. Aku ni bukanlah pandai sgt bercucuk tanam. Tak pernah seumur hidup pun. Eh, pernah kot sekali. Tapi tak hidup pon pokok tu. Hehe.. terbuka pekung di dada pulak.

Tapi, bila dah ada rumah sendiri ni, teringin lah jugak nak mencantikkan laman yg sekangkang kera tu. Berangan memang hebat. Tapi nak merealisasikannya tu aku tak tau la berjaya ke idak. Kalau boleh nak tanam pokok yang senang hidup je. Cucuk je hidup. Cantik pulak tu. Ada ke pokok yang mcm tu ha? 

Tak beli apa2 pun lagi. Hidup di bandar ni semua nak pakai duit. Eh, aku duduk kat bandar ke? Perasan.. Nak tanam rumput pun kena keluar duit jugak. So, nanti2lah. Utamakan yg lebih penting dulu walau hakikatnya memang tak sabar nak mencantikkan rumah. Eh, hobi aku masa degree dulu ialah beli majalah hiasan rumah tau. Tiap2 bulan beli. Dahlah mahal. Masa tu jadi student mana ada duit sgt kan. Tapi sanggup tu berjimat semata2 nak beli majalah pasal interior design ni. Lepas tu berangan. Nanti bila aku dah ada rumah sendiri aku nak hias mcm dlm majalah tu. Huhuhu... sekarang ni dah jarang2 beli. Sbb tak lalu kedai jual majalah kot. Kalau lalu tu menggeletis jugak nak beli. Tapi aku amalkan konsep ukur baju di badan sendiri la. Rumah yg cantik tak semestinya kena beli hiasan yg mahal2. Yang murah pun ok asalkan pandai mix and match. Cewah.. cakap mcm pandai. Dahlah. Mengarut je aku ni. Sebenarnya nak buat entry pendek je. Termengarut pulak.

Oklah. Mari lihat cerita bergambar.

Sampai ke kampung kitorang masuk. Lepas tu jakun tengok angsa. Nampak tak angsa dalam gambar tu?

Zahrah dan ayahnya posing tengah2 panas.

Budak tak mandi lagi. Lepas breakfast kat kedai terus je pegi sg buloh. Tak jauh sgt pun drpd rumah.

Ayah paksa Zahrah posing kat celah2 bunga.

Muka tak rela kan? Hahah

Cubaan ayah ambik gambar berseni.

Lepas tu ada budak nangis 

Lepas tu dia tunjuk hidung dia bila ibu ambik gambar

Lepas tu dia korek hidung.. Hahaha.. sopan sungguh..

Kitorang tak singgah banyak kedai pun. Pergi dua, tiga kedai je. Panas, tak larat. Ayah pun nak balik cepat sbb nak balik kelantan malamnya tu.

Oklah. Jumpa lagi di lain entry. Bye! :)  

Monday, December 3, 2012

Zahrah is 2

Assalamualaikum,

Sejak takde kamera ni, malas nak update blog. Tapi banyak je cerita sebenarnya. huhuhu...
Ni aku tempelkan gambar2 sempena birthday zahrah yang kedua (1st Dec 2012). Kamera pinjam je ni. Beli kek mkn sama2 dekat rumah pengasuh dia. Kat situ ramai budak2. Meriah sikit.

Tapi sebelum tu nak letak gambar ni dulu. Ni masa zahrah umur tujuh bulan. Comel la senyum mcm tu..haha

Adam pun ada potong kek jugak sebulan sebelum Zahrah. Ni kat rumah atok & nenek kat KL.

Birthday cake zahrah yg ke-2. Gambar kat tengah tu print sendiri. Lepas tu gigih pergi laminate sebelum letak atas kek. Boleh simpan kad tu..  

Gambar kat atas kek..



Kitorang balik tengahari pergi rumah pengasuh ingat nak buat surprise. Sekali Zahrah tido pulak. Terpaksala kejutkan dia sebab nak potong kek. Ni tengah mamai lagi ni. Alahh.. kurusnya anak ibu.. 

Sebelum potong kek kita bergambar dulu. Ni belum cukup lagi ni kawan2 zahrah. Tapi sbb kitorang nak cepat takdelah nak tunggu sampai semua dtg. Pengasuh Zahrah duduk sebelah ibu.

Ayah pun ada tau.. Ayah kesayangan Zahrah ni.. hihi


Mari potong kek.. Nampak sangat muka baru bangun tido.

Hmmm...sedappp...


Happy birthday Zahrah! Saaayangg Zahrah! :)

Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)