Wednesday, September 14, 2011

Wahab's Cendol 2

Assalamualaikum.

Wah..tajuk ala2 drama bersiri je kan.. Ada siri pertama, kedua pulak. Hihi.. Anyway, kami dtg lagi ke Wahab's Cendol. Dulu dah pernah pergi masa masih lagi berdua dgn suami. Lihat entry ini. Sekarang pergi bertiga pulak. Mari menjamu mata dgn gambar2. Aku malas nk tulis panjang2 :).

Kami order cendol+cincau+jagung. Tengoklah betapa meriahnya isi perut cendol tersebut.

Ayah sedap makan cendol.
Ibu sedap makan rojak.

Anak sedap makan sarung handphone.
Menu yang di order pada hari kejadian. Nasi ayam agak masin sket bg aku. Rojak dan cendol recommended.

Sekian sahaja promosi percuma daripada saya. Hehehe.. tk dpt komisen pun. Oklah. Jumpa lagi. Bye!

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Ni entry pendek je ni. Aku sangatlah malas nak update blog. Baca blog org rajin. Nak tulis, suka tulis panjang2.. sudahnya tk terbuat.Hehehe.. oleh kerana En suami dh bising2 sbb aku lama tk update blog, maka aku pun menghasilkanlah entry yg tk seberapa ni. Tengoklah, kalau aku rajin dan ada kelapangan waktu, aku sambung lagi cerita raya ni ye.

Alhamdulillah, tahun ni kali pertama beraya dgn anak. Seronoklah jugak walaupun agak sibuk melayan karenah dia.Aku letaklah beberapa keping gambar yg sempat diambil ms raya tu ye. Tahun ni giliran beraya di Kelantan dulu. Kami ambil kesempatan untuk singgah berjalan2 di tepi pantai laut china selatan sepanjang perjalanan ke pasir puteh melalui jalan pantai di Terengganu.

Singgah makan tengahari kat hentian Pantai Kemasik. Zahrah tk puasa.

Bermalam di hotel UiTM Dungun

Teringin pulak nak tengok sek lama aku ni. Dah 11 tahun rasanya sejak kali terakhir aku jejak kaki kat sini. Makin cantik MRSM Kota Putra, Besut. Terasa jiwang kejap. Huhu..

Singgah pula kat belakang sekolah. Ada pantai dan Bukit Keluang. Juga semakin cantik. Jakun pulak aku tegok. Zahrah makan petang.

Ayah dan anak yg tk reti duduk diam :).

Dah sampai kampung... Anak2 buah sibuk nak tolong buat kuih raya.

Eh..eh.. dah raya lah.. hehehe.. Zahrah pakai baju kurung sekejap je. Asyik merengek2 maybe sbb panas dan mengantuk.

Zahrah juga tidak mahu dipegang oleh org lain. Hanya ibu dan ayah je yg boleh pegang. Klau pegang jugak, jadi mcm dalam gambar di atas.Huhu.. Tak taulah ap ke hal nya..

Masa on the way balik ke kl, singgah kt Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Ramainya org main layang2. Ibu dan ayah lebih teruja drpd anak.

Belikan Zahrah layang2 satu. Yg paling kecik dan murah. Hehe..

Tapi bukan Zahrah yg main la. Ayah yg main. Zahrah tengok je.

Pertama kali Zahrah sentuh air laut.

Dia bukannya suka. Takut ada la..

Singgah makan ikan dan sotong celup tepung di salah sebuah kedai yg banyak kat tepi Pantai Batu Burok tu. Hmm.. sodap.

Ayah makan dengan sangat berselera. Zahrah takde mood sbb mengantuk dan penat. Malam tu kami tido kat Kuala Terengganu.

Sambung semula perjalanan esoknya. Singgah makan keropok lekor pulak kat Dungun. Asyik singgah je kan. Huhuhu.. sbb tulah sampai lambat.

Sedapnya keropok lekor...

Kebetulan masa ni Zahrah tengah tido. Maka, dapatlah ibu dan ayah makan berdua dengan tenang.

Itu jelah kot cerita raya setakat ni. Kami sampai KL lebih kurang jam 8 malam. Nasib baik jalan tk jam. Ingat nak buat entry pendek. Tapi jadi panjang jugak sbb tetiba rajin upload banyak gambar. Huhuhu.. apalah aku ni.

Oklah. Nak sambung keje. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf kalau ada terkasar bahasa atau ap2 yg mengguris hati sesiapa yg membaca blog yg tk seberapa ni ye.

Jumpa lagi. Bye!