Tuesday, February 23, 2010

Akhlak mulia

Assalamualaikum..

Hari ni nak mengingatkan diri aku sendiri tentang akhlak yang baik. Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan juga sesiapa shj yg membaca blog ini..Sharing is caring kan? :)

1) Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Jangan membandingkan apa yang kita lalui dengan orang lain. Kerana kita tak tahu apa yang telah mereka lalui. Kesusahan dan kesedihan yang mungkin dirahsiakan daripada penglihatan kita. Kita hanya nampak yang indah2 pada mereka. Apa yang tersirat, hanya mereka dan Allah yang tahu.

2) Belajar untuk mengawal rasa marah. Kerana perasaan marah itu datangnya daripada syaitan. Setiap kali aku marah, mesti aku menyesal dengan apa yang aku katakan ketika marah. Bila hati dah tenang, barulah boleh berfikir dengan waras dan bercakap dengan menggunakan akal.

3) Sentiasa menjaga percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Kadang2, kita nak bergurau, tp cara gurauan kita tu tak berapa nak diterima oleh orang. So, berhati-hatilah.. lebih2 lagi dengan orang yang kita tak berapa nak rapat.. janganlah terus diaplikasikan lawak bodoh kita tu kerana tak semua orang boleh terima. Kadangkala, sesama orang yang dah rapat pun boleh terasa hati jugak.. inikan pula orang yang kita baru kenal. Lagi satu, aku nak ingatkan diri aku jugak.. kalau kita tak suka orang cakap 'mcm tu' kat kita, maka janganlah kita berkata 'demikian' pada orang lain. Hati kita, kita nak orang jaga.. tapi hati orang kita tak jaga.. tak bolehla mcm tu kan.. ;).

4) Jangan mengumpat! Haa.. ini susah nak dipraktikkan walaupun cakap macam senang je.. Maksud mengumpat itu ialah bercakap tentang perkara yang tidak disukai oleh seseorang itu tanpa pengetahuannya. Perkara yang diperkatakan itu adalah perkara yang BENAR tapi tidak disukai olehnya. Kalau bercakap perkara yang TIDAK BENAR pula, itu sudah jadi FITNAH la.. Lagi satu, elakkanlah belakang orang itu kita umpat dia kaw2.. tapi depan dia kita buat baik pula mcm tak ada apa2 yang berlaku.. Sedihnya kalau terjadi pada aku.. Oleh itu, aku haruslah berusaha bersungguh2 untuk mengelakkan perkara itu! Yakin boleh! Hehe..

5) Jaga aib orang. Ianya dimulakan dengan menjaga aib keluarga sendiri dulu seperti suami, ibu, ayah, adik beradik dll.. Pendek kata.. aib semua oranglah kita jaga.. Sbb kalau kita tak jaga aib orang, Allah pun tak nak jaga aib kita kan?


Saturday, February 20, 2010

Rumah

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita di entry yang baru.. Tiba2 bersemangat pulak nak tulis tentang rumah yang kami sewa di Puncak Alam. Rumah sewa je dulu.. nanti bila dah banyak pitih barulah bulih beli rumah sendiri.. Nanti bila dah ada rumah sendiri.. bila baca blog ni semula.. haruslah rasa bersyukur dengan nikmat hidup yang Allah bagi ye tak? Sekarang ni pun bersyukur jugak..hehehe..

Oklah.. nak tunjuk serba sedikit gambar ketika proses pemindahan dulu.. Kami pindahkan barang sedikit demi sedikit sebelum berkahwin.. So, lepas kahwin boleh terus tinggal bersama. Kami tinggal di apartment shj.. Sewa agak murah, iaitu ~RM300 sebulan termasuk maintenance. Aku tau ada rumah kawasan situ yang boleh dapat lebih murah lagi tapi kami dah malas nak mencari. Lagi pun kami dah suka dengan rumah ni sbb terletak di tingkat 1 je, ada jiran di depan, sebelah, bawah dan atas rumah yang kesemuanya sudah berkeluarga. Jiran2 pun baik2 belaka dan ramah mesra..

Kawasan dapur.. Sangat berselerak lah.. En. suami jadi model peti ais..hihi..

Ruang tamu

Master bedroom

Di sinilah kehidupan baru kami suami isteri bermula... Banyak lagi yang perlu kami pelajari dan perbaiki dalam hubungan suami isteri. Keperluan rumah yang dibeli pada peringkat awal ni hanyalah yang asas shj dulu. Nanti2lah bila dah ada rumah sendiri baru beli perabot lengkap. Apa pun, aku selesa tinggal di sini dan rasanya mungkin kami akan terus tinggal di sini sehinggala kami membeli rumah sendiri nanti. Itu pun, kalau tuan rumah tak halau la kan.. hehe..

Dapur kami yang 'simple' tapi sangat bermakna. Di sinilah kami suami isteri bekerjasama menyiapkan hidangan hampir setiap hari.. ala.. masak yang mudah2 je..

Oklah, sampai sini je dulu entry tentang rumah.. Bahagian rumah yang lain malulah nak tunjuk.. Biasa2 aje.. Hehe.. bye!