Monday, December 31, 2012

Jalan-jalan ke nursery sg buloh

Assalamualaikum,

Ehemm... kamera dah beli yg baru. So, ada gambar, barulah syok sikit aku nak update blog. hihihi... Alah, kamera mcm yg rosak sebelum ni jugak. Weekend lepas kami ke sg buloh. Saja survey2 rumput, tengok pokok2. Aku ni bukanlah pandai sgt bercucuk tanam. Tak pernah seumur hidup pun. Eh, pernah kot sekali. Tapi tak hidup pon pokok tu. Hehe.. terbuka pekung di dada pulak.

Tapi, bila dah ada rumah sendiri ni, teringin lah jugak nak mencantikkan laman yg sekangkang kera tu. Berangan memang hebat. Tapi nak merealisasikannya tu aku tak tau la berjaya ke idak. Kalau boleh nak tanam pokok yang senang hidup je. Cucuk je hidup. Cantik pulak tu. Ada ke pokok yang mcm tu ha? 

Tak beli apa2 pun lagi. Hidup di bandar ni semua nak pakai duit. Eh, aku duduk kat bandar ke? Perasan.. Nak tanam rumput pun kena keluar duit jugak. So, nanti2lah. Utamakan yg lebih penting dulu walau hakikatnya memang tak sabar nak mencantikkan rumah. Eh, hobi aku masa degree dulu ialah beli majalah hiasan rumah tau. Tiap2 bulan beli. Dahlah mahal. Masa tu jadi student mana ada duit sgt kan. Tapi sanggup tu berjimat semata2 nak beli majalah pasal interior design ni. Lepas tu berangan. Nanti bila aku dah ada rumah sendiri aku nak hias mcm dlm majalah tu. Huhuhu... sekarang ni dah jarang2 beli. Sbb tak lalu kedai jual majalah kot. Kalau lalu tu menggeletis jugak nak beli. Tapi aku amalkan konsep ukur baju di badan sendiri la. Rumah yg cantik tak semestinya kena beli hiasan yg mahal2. Yang murah pun ok asalkan pandai mix and match. Cewah.. cakap mcm pandai. Dahlah. Mengarut je aku ni. Sebenarnya nak buat entry pendek je. Termengarut pulak.

Oklah. Mari lihat cerita bergambar.

Sampai ke kampung kitorang masuk. Lepas tu jakun tengok angsa. Nampak tak angsa dalam gambar tu?

Zahrah dan ayahnya posing tengah2 panas.

Budak tak mandi lagi. Lepas breakfast kat kedai terus je pegi sg buloh. Tak jauh sgt pun drpd rumah.

Ayah paksa Zahrah posing kat celah2 bunga.

Muka tak rela kan? Hahah

Cubaan ayah ambik gambar berseni.

Lepas tu ada budak nangis 

Lepas tu dia tunjuk hidung dia bila ibu ambik gambar

Lepas tu dia korek hidung.. Hahaha.. sopan sungguh..

Kitorang tak singgah banyak kedai pun. Pergi dua, tiga kedai je. Panas, tak larat. Ayah pun nak balik cepat sbb nak balik kelantan malamnya tu.

Oklah. Jumpa lagi di lain entry. Bye! :)  

Monday, December 3, 2012

Zahrah is 2

Assalamualaikum,

Sejak takde kamera ni, malas nak update blog. Tapi banyak je cerita sebenarnya. huhuhu...
Ni aku tempelkan gambar2 sempena birthday zahrah yang kedua (1st Dec 2012). Kamera pinjam je ni. Beli kek mkn sama2 dekat rumah pengasuh dia. Kat situ ramai budak2. Meriah sikit.

Tapi sebelum tu nak letak gambar ni dulu. Ni masa zahrah umur tujuh bulan. Comel la senyum mcm tu..haha

Adam pun ada potong kek jugak sebulan sebelum Zahrah. Ni kat rumah atok & nenek kat KL.

Birthday cake zahrah yg ke-2. Gambar kat tengah tu print sendiri. Lepas tu gigih pergi laminate sebelum letak atas kek. Boleh simpan kad tu..  

Gambar kat atas kek..



Kitorang balik tengahari pergi rumah pengasuh ingat nak buat surprise. Sekali Zahrah tido pulak. Terpaksala kejutkan dia sebab nak potong kek. Ni tengah mamai lagi ni. Alahh.. kurusnya anak ibu.. 

Sebelum potong kek kita bergambar dulu. Ni belum cukup lagi ni kawan2 zahrah. Tapi sbb kitorang nak cepat takdelah nak tunggu sampai semua dtg. Pengasuh Zahrah duduk sebelah ibu.

Ayah pun ada tau.. Ayah kesayangan Zahrah ni.. hihi


Mari potong kek.. Nampak sangat muka baru bangun tido.

Hmmm...sedappp...


Happy birthday Zahrah! Saaayangg Zahrah! :)

Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)

Tuesday, October 30, 2012

Update terkini

Assalamualaikum,

Dah lama tak buat entry baru. Banyak cerita yg dah basi. Eh, tapi ada cerita baru jugak tau. Kamera kami dah rosak semalam.Huhu.. sebab jatuh.. Maka selepas ini tiada lah gambar melainkan atas ehsan kamera orang lain. Aku ni kalau takde gambar, malas nak update blog.

Hmm.. aku ada bagitau ke yang kami dah selamat berpindah ke rumah baru? Pengalaman berpindah rumah memang macam2. Sangatlah penat. Sampai aku cakap kat En Suami lepas ni taknak pindah lagi dah. Kita duduk je rumah ni sampai ke tua. Hehe.. tapi itu perancangan manusia. Perancangan Allah kita tak tau. Masa pindah tu aku dah lah tengah serabut nak hantar thesis, nak prepare untuk mengajar subjek baru yang aku tak faham lagi... Memang sangat menguji mental dan fizikal. Macam nak pengsan (over..huhu). Tapi Alhamdulillah.. fasa2 kritikal dah pun berlalu. Sekarang ni kena menghadapi fasa2 yg lain pula. Allah lebih mengetahui. 

Mari tengok apa gambar yang sempat diambil sebelum kamera rosak.  

Keadaan rumah lama setelah berpindah. Sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah ni. Banyak kenangan manis kat sini. Zahrah mula membesar kat sinilah. Jiran2 pun baik. Tapi takkan nak menyewa selama2nya kan.

Bila dah pindah ke rumah baru, bolehlah buat aktiviti macam ni.

Adam pun ada datang melawat. Mula2 elok lah tengok upin ipin sama2. Lepas tu, bergaduh..

Muka ketat je bila suruh ambik gambar sama2.

Zahrah memang bengang habislah dengan Adam. Tak nak senyum pun. Hahah

Hmm..Oklah. Itu aje yg aku teringat nak tulis. Jumpa lagi. Bye! :)

Tuesday, September 18, 2012

Posing

Assalamualaikum,

Zahrah dah makin besar sekarang. Dah pandai posing! Hahah! Lawak je tengok. Ok, mari cuci mata :).

 Sekarang ni tengah trend posing ala mulut itik kan? Ada gaya tak? Hehe

 Ok, buat ala2 muka comel pulak

 Alololo... itiknya mulut

 Ni gaya macho lah sangat..hehe

 Bila suruh senyum.. dia senyum macam ni. Tapi tak comel la tak nampak gigi.

Suka sangat posing silang kaki macam ni. Kadang2 bila aku nak basuh berak dia pun dia silang kaki mcm ni jgk. Stylo lah sangat kan basuh berak. Hahahah

 Ni pose ala2 model.

 
Cuba teka kat mana ni?hehe


Oklah. Sekian sahaja entry hari ini. Jumpa lagi. Bye! :)

Saturday, September 8, 2012

Gotong-royang


Assalamualaikum…

Weekend ni buat operasi membersih lalang kat laman depan dan belakang rumah baru. Insyaallah hujung bulan ni pindahlah kami ke sini. Pekerja-pekerja profesional dibawakan khas dari KL menggunakan gerabak keretapi utk tolong ayah. Ditempelkan di sini gambar-gambar sesi gotong-royong dan sesi upah gotong-royong. Eh, mana ibu? Ibu masa ni tgh sibuk buat rakit kat team building fakulti (Lumut, Perak). Sian ibu sampai sakit-sakit badan buat rakit ye.



Abang wad. Suka benarlah bab-bab gotong-royong nih.



Ayoh ih bakpo garu kepala tu....



Si kecik ni tolong jugak. Tolong main air. Suka sangat la Kak Tif datang ye..




Penat...penat. Kita rest dulu sambil pekena pisang goreng, air nyor


Pastu, ais-krim pulak... Si kecik tu action nganga mulut


Cuba teka sape ambil gambar ni?


Ni sesi upah untuk pekerja-pekerja profesional. Berselera Ayah ih, kak tif, abang wad makan


Peminat kentang putar. Dapat upah jugak sebab main air tadi


Kita share ye. Sharing is caring


Muka kenyang


Till then. Wassalam :)

Wednesday, September 5, 2012

Insya Allah...

Assalamualaikum,

Ada berita penting nak cerita ni. Mesti kena tulis entry. Zahrah sekarang minat giler dengan lagu InsyaAllah by Maher Zain. Hahahahaa.. penting la sangat kan?? Tiap2 hari nak dengar lagu InsyaAllah. So, ayah dia just downloadkan video clip lagu tu. Senang. 

 Ni terjaga pukul 3.30am ajak ibu bukak video clip InsyaAllah. Terpaksala ibu dia layan.

Lepas tu bila dah mengantuk tidur balik. Bila bangun semula esok pagi nak tengok lagi video clip lagu tu. Sambil hisap susu botol pun layan.


Dia boleh sebut perkataan InsyaAllah dengan betul. Yg lain2 ikut suka hati dia. Biasanya sebut yang hujung je. Karenah budak memang macam2 kan? Karenah kita pun macam2 jugak :). 

Oklah. Jumpa lagi. Bye!:)


Monday, September 3, 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya semua! :)
Aku nak buat entry raya 2012. Tapi aku tkde banyak masa nak taip panjang2. So, aku letak gambar jela ye. Okla daripada tkde langsung kan..hehe
















Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)