Sejak takde kamera ni, malas nak update blog. Tapi banyak je cerita sebenarnya. huhuhu...
Ni aku tempelkan gambar2 sempena birthday zahrah yang kedua (1st Dec 2012). Kamera pinjam je ni. Beli kek mkn sama2 dekat rumah pengasuh dia. Kat situ ramai budak2. Meriah sikit.
Tapi sebelum tu nak letak gambar ni dulu. Ni masa zahrah umur tujuh bulan. Comel la senyum mcm tu..haha
Adam pun ada potong kek jugak sebulan sebelum Zahrah. Ni kat rumah atok & nenek kat KL.
Birthday cake zahrah yg ke-2. Gambar kat tengah tu print sendiri. Lepas tu gigih pergi laminate sebelum letak atas kek. Boleh simpan kad tu..
Gambar kat atas kek.. |
Kitorang balik tengahari pergi rumah pengasuh ingat nak buat surprise. Sekali Zahrah tido pulak. Terpaksala kejutkan dia sebab nak potong kek. Ni tengah mamai lagi ni. Alahh.. kurusnya anak ibu..
Sebelum potong kek kita bergambar dulu. Ni belum cukup lagi ni kawan2 zahrah. Tapi sbb kitorang nak cepat takdelah nak tunggu sampai semua dtg. Pengasuh Zahrah duduk sebelah ibu.
Ayah pun ada tau.. Ayah kesayangan Zahrah ni.. hihi
Mari potong kek.. Nampak sangat muka baru bangun tido.
Hmmm...sedappp...
Happy birthday Zahrah! Saaayangg Zahrah! :)
Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)
No comments:
Post a Comment