Dah lama tak buat entry baru. Banyak cerita yg dah basi. Eh, tapi ada cerita baru jugak tau. Kamera kami dah rosak semalam.Huhu.. sebab jatuh.. Maka selepas ini tiada lah gambar melainkan atas ehsan kamera orang lain. Aku ni kalau takde gambar, malas nak update blog.
Hmm.. aku ada bagitau ke yang kami dah selamat berpindah ke rumah baru? Pengalaman berpindah rumah memang macam2. Sangatlah penat. Sampai aku cakap kat En Suami lepas ni taknak pindah lagi dah. Kita duduk je rumah ni sampai ke tua. Hehe.. tapi itu perancangan manusia. Perancangan Allah kita tak tau. Masa pindah tu aku dah lah tengah serabut nak hantar thesis, nak prepare untuk mengajar subjek baru yang aku tak faham lagi... Memang sangat menguji mental dan fizikal. Macam nak pengsan (over..huhu). Tapi Alhamdulillah.. fasa2 kritikal dah pun berlalu. Sekarang ni kena menghadapi fasa2 yg lain pula. Allah lebih mengetahui.
Mari tengok apa gambar yang sempat diambil sebelum kamera rosak.
Keadaan rumah lama setelah berpindah. Sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah ni. Banyak kenangan manis kat sini. Zahrah mula membesar kat sinilah. Jiran2 pun baik. Tapi takkan nak menyewa selama2nya kan.
Bila dah pindah ke rumah baru, bolehlah buat aktiviti macam ni.
Adam pun ada datang melawat. Mula2 elok lah tengok upin ipin sama2. Lepas tu, bergaduh..
Muka ketat je bila suruh ambik gambar sama2.
Zahrah memang bengang habislah dengan Adam. Tak nak senyum pun. Hahah
Hmm..Oklah. Itu aje yg aku teringat nak tulis. Jumpa lagi. Bye! :)
No comments:
Post a Comment