Friday, October 21, 2011

Zahrah dan buku

Assalamulaikum,

Hujung minggu lepas kami anak beranak pergi ke Big Bad Wolf Book Sale kat MAEPS, Serdang. Kebetulan malam sebelum tu mak dan abah aku dtg. Diorang tiba2 rindu nak jumpa cucu. Huhuhu... Maka dgn mak abah aku skali ikut pegi Serdang. Gigih betul. Hahaa..

Sebelum sampai, kita kasi dia tidur dulu supaya tk meragam nanti.

Singgah solat Zohor kat Masjid UPM. Nilah atok yg rindu kt Zahrah tu.

Dah sampai kt MAEPS. Parking kereta jauh sket. Maka, kena naik shuttle bus lah nak pergi ke dewan. Bas banyak je. Takde masalah. Zahrah 1st time naik bas. Dia jakun jugaklah. Mula2 malu2 bila org kt dalam bas tu agah2 dia. Bila dh nak sampai dewan tu, boleh pulak dia tiba2 menjerit dengan kuatnya. Terkejut semua org. Kiranya dia dah tk malu lah tu. Tapi mak bapaknya lah pulak yg malu..huhuhu...

Oleh kerana kami belum makan tengahari lagi, maka singgah makan dulu sebelum masuk dewan. Fastfood je yg ada kat tepi dewan tu. Tak kisahlah.

Okeh! Saya dah ready! Dengan rambut yg berserabai..hehe

Kena beratur dulu utk masuk dewan. Tak lama pun beratur. Eh, atok pun ikut rupanya...

Masuk je terus menuju je children section.

Sangat banyak buku dan sangat murah sampai Zahrah pun tk tau nk pilih yg mana satu..

Ayah posing malu2..

Dah nak balik dah. Hujan lebat...Zahrah dh penat.

Singgah rumah adik aku sekejap. Nak tengok anak buah. Ni namanya Adam Haikal. Tua sebulan lebih sikit drpd Zahrah.

Adik aku pergi sale ni masa hari kedua. Dekat je dgn tempat kerja dia, MARDI. Masih banyak pilihan menarik mcm dalam gambar kat atas tu. Harga ~RM10 setiap satu.

Siap boleh cabut2 lagi character kat buku tu. Zahrah sukalah.

Ni buku yg kami belikan utk Zahrah. Kertas keras. Oklah, harga RM5 setiap satu. Dia bukannya tau baca lagi pun. Tengok2 gambar je.

Aku memang nak biasakan Zahrah dengan buku sejak drpd kecik. Tapi Zahrah secara naturalnya memang suka buku. Dia suka selak2 dan tengok2..

Kalau makan kt restoran, masa tunggu makanan sampai pun sempat lagi selak buku. Eleh, action je tu...hehehe...

Oklah. Bye!

No comments:

Post a Comment