Friday, October 14, 2011

Pemakanan semasa mengandung

Assalamualaikum,

Entry ni dah lama aku draft tp asyik tertangguh je nak siapkan. Saja untuk rujukan diri sendiri. :)

1. Susu

Susu sangat diperlukan semasa mengandung sbg sumber kalsium. Alhamdulillah, aku tkdelah sangat rasa sakit2 pinggang ke apa sepanjang mengandung. Sakit sikit2 tu adalah. Biasalah kan, dah nama pun mengandung. Dulu aku minun susu Anmum materna. Bila dah hujung2 pregnant aku start minum selang seli dgn susu kambing hi goat plak. Nak minum susu kambing sepenuhnya tak mampu la. Mahal. Sehari minum susu 2 kali. Alhamdulillah, aku agak konsisten di situ. Tapi rasanya klau pregnant lg lain kali aku nak minum susu kambing jelah dari awal pregnant. Lebih bagus rasanya. Kalau aku ada rezeki lebih la. Hehehe.. Harap2 boleh elakkan baby dr kena jaundis. Pernah terbaca yg minum susu kambing ms pregnant boleh kurangkan risiko anak kena jaundis.

2. Kurma dan kismis

Ni pun bagus makan. Kata org boleh kurangkan jaundis jgk. Tapi aku tk larat sebenarnya nak mkn kurma setiap hari 5 biji mcm yg disuruh oleh en suami. Tapi paksa diri jgk. Manis sangat. Aku bukannya suka manis2 sangat ni. Tapi manis coklat suka. Hehehe.. lepas tu nak dapatkan stok kurma ms selain drpd bulan puasa sangatlah payah. Br2 ni aku dpt tau banyak kurma yg dicelup ke dlm air gula utk menambahkan rs manis nya. Klau tengok kat kulit kurma tu berkilat2 + melekit semacam je.. ha.. kena simbah dgn air gula lah tu. Klau nak yg lebih selamat, beli kurma bertangkai. InsyaAllah tk dicampur gula. Hishh.. kalau aku tau benda ni daripada dulu kan bagus. Kismis pun bagus nanti dapat anak cerdik. Hehe.. tu teori aku lah.

3. Minyak ikan

Minyak ikan / fish oil sangat bagus utk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal 4 bulan kalau tk silap. Aku dulu start makan ms dh pregnant 5 bulan rasanya. Aku ambil brand Neurogain PB. Sbb nya hasil drpd pembacaan aku, brand tu yg paling bagus skali utk kategori supplement utk ibu mengandung ni. Even gyne pun recommend brand tu. Setakat ni aku tengok Zahrah agak cepatlah jgk perkembangan dia. Cepat pick up. Kena bgi byk rangsangan lagi nih.

4. Buah delima

Buah ni banyak khasiatnya. Buah dari syurga. Tapi aku tklah mkn banyak sangat dulu sbb lama sangat nak menghabiskan sebiji. Banyak biji kecik2 kan. Aku tak berani la plak nk telan biji seketul2 mcm tu. Kdg2 aku kunyah je biji tu. Tapi selalunya aku hisap isinya, biji buang. Hehehe..

5. Spirulina

Aku ambil spirulina dulu sbb nak naikkan Hb. Aku kan kena anemia dulu. Membantu lah jugak. Pada ms yg sama ia bagus utk bayi. Ada yg kata nnti kulit baby jadi cantik. Setakat ni aku tengok kulit Zahrah Alhamdulillah oklah. Tkdelah ruam2 ke apa.. Tk sensitif sangat. Cuma yg aku geram tu, bila kena gigit nyamuk jdi berparut dan lambat nak hilang.

6. Air kelapa

Ada orang kata minum air kelapa ms mengandung nanti kulit baby yg lahir bersih. Aku minum dulu bila kandungan dh mencecah 7 bulan. Tk boleh minum awal2 sgt, terutama masa trimester pertama. Boleh menyebabkan keguguran. Alhamdulillah, masa lahir dulu kulit kepala Zahrah tkde kerak pun, sampailah sekarang ni.

7. Telur ayam kampung

Sangat membantu untuk menambahkan tenaga. Aku turun tanda nak bersalin sejak hari Ahad, tp bersalinnya hari Rabu. Dalam tempoh tu, aku tk berselera sgt makan. Sbb contraction makin lama makin kuat kan. Aku banyakkan makan telur ayam kampung. Rebus sajo. Alhamdulillah.. walaupun tak tido sepanjang malam, aku masih lagi ada tenaga nak meneran selama hampir 1 jam start drpd kul 2.30 pagi..huhuhu..

Makanan2 yang lain tu aku makan mcm biasa. Cuma aku tk mkn sgt makanan2 masam, berjeruk, makanan segera, makanan yg dah diproses, makanan yg dibakar dgn arang dan juga 'cekedis'. Sbb aku rasa tk elok untuk badan kita dan juga baby. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh google sendiri ye.Hehe..

Alhamdulillah, setakat ni Zahrah senang diuruskan. Nak kata senang sangat tu tkdelah. Biasalah baby kan.. perangai mcm baby lah. Tapi dia tk banyak ragam. Harap2 perangai dia elok sampai ke besar lah. Lagi satu, aku selalu ingatkan diri sendiri supaya hanya bercakap benda yg elok je dgn anak. Sbb kata2 ibu adalah doa kan.. Contohnya.. tak nak lah cakap " kenapa manja sangat ni? sikit2 nak nangis. tak boleh biar sekejap. ada je hal dibuatnya'. Rasanya lebih baik cakap " jangan nangis ye.. zahrah bagus kan.. main mainan ni. ibu nak sidai baju kejap'.. Ni contoh je la..huhuhu..

Ubat2 yg klinik bagi semua aku makan. Mak aku kata dulu jangan makan sangat ubat2 doktor bagi ni takut nanti baby lahir besar. Tp Alhamdulillah, ok je anak aku. Kecik cenonet je. Tak besar pun. Ubat2 tu semua untuk menampung kekurangan zat dalam badan kita je. Takde kaitan lah dengan baby besar ke kecik.

Oklah. Jumpa lagi di lain entry.
Bye!

1 comment:

  1. promosi harga awal tahun susu kambing ha-goat.
    http://suanazhar.blogspot.com/2012/12/promosi-harga-susu-kambing-hi-goat.html

    ReplyDelete