Bertemu lagi kita di entry yang baru.. Tiba2 bersemangat pulak nak tulis tentang rumah yang kami sewa di Puncak Alam. Rumah sewa je dulu.. nanti bila dah banyak pitih barulah bulih beli rumah sendiri.. Nanti bila dah ada rumah sendiri.. bila baca blog ni semula.. haruslah rasa bersyukur dengan nikmat hidup yang Allah bagi ye tak? Sekarang ni pun bersyukur jugak..hehehe..
Oklah.. nak tunjuk serba sedikit gambar ketika proses pemindahan dulu.. Kami pindahkan barang sedikit demi sedikit sebelum berkahwin.. So, lepas kahwin boleh terus tinggal bersama. Kami tinggal di apartment shj.. Sewa agak murah, iaitu ~RM300 sebulan termasuk maintenance. Aku tau ada rumah kawasan situ yang boleh dapat lebih murah lagi tapi kami dah malas nak mencari. Lagi pun kami dah suka dengan rumah ni sbb terletak di tingkat 1 je, ada jiran di depan, sebelah, bawah dan atas rumah yang kesemuanya sudah berkeluarga. Jiran2 pun baik2 belaka dan ramah mesra..
Kawasan dapur.. Sangat berselerak lah.. En. suami jadi model peti ais..hihi..
Ruang tamu
Master bedroom
Ruang tamu
Master bedroom
Di sinilah kehidupan baru kami suami isteri bermula... Banyak lagi yang perlu kami pelajari dan perbaiki dalam hubungan suami isteri. Keperluan rumah yang dibeli pada peringkat awal ni hanyalah yang asas shj dulu. Nanti2lah bila dah ada rumah sendiri baru beli perabot lengkap. Apa pun, aku selesa tinggal di sini dan rasanya mungkin kami akan terus tinggal di sini sehinggala kami membeli rumah sendiri nanti. Itu pun, kalau tuan rumah tak halau la kan.. hehe..
Dapur kami yang 'simple' tapi sangat bermakna. Di sinilah kami suami isteri bekerjasama menyiapkan hidangan hampir setiap hari.. ala.. masak yang mudah2 je..
Oklah, sampai sini je dulu entry tentang rumah.. Bahagian rumah yang lain malulah nak tunjuk.. Biasa2 aje.. Hehe.. bye!
No comments:
Post a Comment