Thursday, April 22, 2021

Raya 2020

Assalamualaikum,

Sekarang dah masuk tahun 2021. Masih lagi dalam 'movement control order' (MCO) due to pandemic covid-19. Tahun lepas tak dapat beraya Aidilfitri di Kelantan kerana sekatan rentas negeri. Tahun ni pun sama nampaknya. Tapi Alhamdulillah raya Aidiladha dapat balik Kelantan. Puasa tahun ni ayoh dah tak ada. Semoga roh Ayoh ditempatkan di dalam golongan orang2 yang beriman. 

Hari ni dah masuk 11 hari kita berpuasa. Semoga diampunkan dosa kita semua dan dapat masuk ke syurga tanpa hisab. Jadi, sebelum tiba hari raya Aidilfitri 2021, maka lebih baiklah aku upload gambar2 raya 2020.

Alhamdulillah dapat beraya dengan mak dan abah. Masa ni mak duduk dengan kami. Mak sakit kanser dinding rahim dan perlu buat chemotherapy. Acik dan Acu dah tak adà :(

Alhamdulillah. Raya Aidiladha tahun lepas dapat balik ke Bukit Abal.

Alang2 update blog letak la sekali gambar2 yg ada kt hp ni. Anak beranak baru lepas solat Maghrib.

Sambut birthday ayah masa buka puasa :)

Oklah. Bye!

1 comment:

  1. Best casinos in Las Vegas (2021) | Mapyro
    Try your luck at the 구미 출장안마 best of these casinos in 부천 출장샵 Las Vegas. There are many reasons to gamble on the Las 성남 출장마사지 Vegas Strip. Here are the 수원 출장안마 best 진주 출장안마 casinos

    ReplyDelete