Wednesday, March 27, 2013

Laman sekangkang kera

Assalamualaikum,

Depan rumah kami ada laman kecil. Nak kata sekangkang kera tu taklah. Banyak jugak kera boleh kangkang kat situ kot. Hahahahah... Dah lama terbiar. Lepas 6 bulan duduk baru nak tanam rumput. Mula2 ingat nak upah orang je. Tapi en suami tiba2 rajin pula nak tanam sendiri. Memang jimat sangat buat sendiri. Cuma badan sakit2 jelah.. hehe..

  
Aku lupa nak snap gambar sebelum. Ni jelah gambar yg ada. 

 En suami yang gagah.. hehe

Batu pijak beli kat Sg. Buloh. Kat area depan hospital Sg. Buloh. RM 6 sekeping. Yg dalam guni tu tanah. RM 5 sekarung.

 Rumput mutiara pun beli kat Sg. Buloh. RM 1.30 sekeping. Beli kat orang kampung. Murah sikit.

 Sambil mencangkul, silalah berborak dgn jiran sebelah rumah juga ye. Ni dalam proses nak buang batu2 binaan yg tertanam kat situ.

Dah siap keluarkan tanah yang berbatu2 tu, kita letakkan pula tanah yg dah dibeli tadi. Ratakan, dan letakkan batu pijak. Lepas tu, letak rumput.

Ni antara pokok terawal yang ditanam. Mmg sengaja pilih pokok yg tahan lasak sbb kami bukannya pandai sangat bercucuk tanam.

Selepas seminggu, inilah hasilnya. Esoknya, aku tabur baja kimia, lepas tu melecur pulak rumput tu. Tapi tak semua la. Ada yg ok, ada yg tak. Rupanya baja tu kena dilutekan dulu, then baru siram. Aku pulak lepas letak baja, tak siram pun. Mana aku tau. Huhuhu... Yg mana dah rosak tu biar jelah. Tunggu tumbuh yg baru lah.

Kos menyiapkan laman ni lebih kurang RM 200 termasuk dengan batu2 pijak tu. Kalau upah org tanam rumput saja ada mcm2 harga. Ada yg kata RM 700, RM 500, RM 350, etc... yg boleh bg murah tu taktaulah kualiti penanamannya mcm mana. Buat sendiri puas hati. Boleh design ikut suka.
Terima kasih kpd En suami sbb sudi buat kerja2 ni semua! I lap U! hehehe...

Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)

1 comment:

  1. Salam, ada simpan tak contact number penjual rumput mutiara tu? PM saya please.

    ReplyDelete