Saturday, April 16, 2011

Pregnancy

Assalamualaikum,

Rasanya aku tk bercerita sangat tentang pengalaman mengandung kat blog ni kan? Tiba2 sekarang rasa nak cerita pulak. Anak dh 4 bulan lebih baru nak cerita. Apa daa.. haha..

Overall, my pregnancy experience is ok. Just had mild anemia and not so common gestational diabetes under diet control. Apakah itu gestational diabetes? Penyakit kencing manis semasa mengandung. Memang orang yg terpilih la aku ni. Bukannya aku banyak makan benda2 manis pun. Berat pun taklah naik melampau. Sepanjang 9 bulan mengandung berat aku naik dlm 10 kg je. Tapi disebabkan aku ada keturunan kencing manis, maka aku telah terpilih untuk kena penyakit ni jugak semasa mengandung. Setiap 2 minggu kena buat BSP (blood sugar profile) kat klinik. Lepas tu, makan pun kena control. Banyak makan whole grain bread. Nasi pun aku mkn yg beras Faiza Taj Mahal tu. Memang mahal pun. At least, membantu la sket diabetes aku tu.

Selalunya baby yg ibunya ada kencing manis masa mengandung lahir besar. Tapi baby aku kecik je. 2.42 kg. Underweight la pulak. Maybe sbb aku terlalu control mkn. Or maybe sbb aku ad anemia. Anemia boleh menyebabkan baby underweight. Dah mcm2 benda aku mkn nak bg Hb (hemoglobin) aku naik. Ubat jangan cakaplah. Mcm2 ubat aku telan. Yg klinik bg, yg beli sendiri kat farmasi. Cara mkn yg betul pun aku dh ikut. Ubat tambah darah ni takleh mkn bersama dgn susu atau minuman berkafein. Kena mkn ubat masa perut kosong. Sepanjang mengandung aku tak minum langsung minuman berkafein. Nak tambahkan darah punya pasal. Makanlah bayam, daging, kerang yg aku tak mkn selama ni pun aku telan jugak masa mengandung. Tapi Hb aku tetap tak mencapai tahap yg sepatutnya. Ada sekali tu Hb aku 8 je. Padahal sepatutnya kena 11 ke atas. Lepas aku dh usaha mcm2 tu, naik lah sikit jd 9, lepas tu 10 lebih. Still bawah 11 tapi oklah kan. Alhamdulillah ms bersalin aku tak ada ap2 komplikasi. Risiko org yg ad anemia ni ialah tumpah darah ms bersalin, baby keluar tak cukup bulan, kurang berat badan, dll. Walaupun Zahrah blh dikategorikan sbg tak cukup berat sbb bawah 2.5kg tp sbb organ badan dia semuanya function normally, maka dia takdelah dimasukkan ke dalam incubator. Hr ni bersalin, esoknya dah boleh balik rumah dah. Alhamdulillah.

Hmm.. ap lg nak cerita ye..

Haa.. ms mengandung dulu kami suami isteri beli brg2 baby kat tempat2 yg ad warehouse sale je. Nak berjimatlah katakan. Banyak jugak pakai duit beli brg2 baby ni. Aku start pegi warehouse sale ni ms mengandung 4 bulan lg. Org cakap tak elok beli awal2 kan. Nampak excited sgt. Tapi aku beli awal bukannya sbb excited. Warehouse sale ni bukannya kita tau bila dia nak buat. Bukannya mcm mega sale yg biasa tu. Klau aku nak tunggu 7 bulan baru nak start shopping, mungkin takde dh warehouse sale ms tu. Bagus jugak aku beli awal2 dulu. Sbb bila dh masuk 7 bulan tu aku dh tak berapa larat sgt dh berdiri lama2 n berebut barang2 murah..hee..

Berikut adalah gambar2 kenangan masa mengandung dulu. Kenangan yang sangat manis Alhamdulillah. :)

Suasana kat Mydear warehouse sale.

Aku berlakon je ni sebenarnya.

Yg ni pulak masa kat Pureen warehouse sale. Manusia sgt ramai!

Ada yg dijual serendah RM1!

Lihatlah ketangkasan aku memilih baju. Masa ni main ambik je mana yg berkenan.

Lepas dh kaut baju byk2, biasanya orang akan duduk kat tepi2 dan mula asingkan yg betul2 nak dibeli je.

Termasuklah minah yg sorang ni.

Yg ni pulak bukan kt warehouse sale tp kat kedai menjual brg2 keperluan untuk breastfeeding. Besarnya perut aku.

Sedang tengok2 cooler bag yg sesuai. Last2 beli yg paling murah je..Huhu..

Kenangan raya berdua. Year 2010, 7 months of pregnancy :).

Gambar selingan. Kelakar la tengok gambar ni. Masa ni Zahrah berapa bulan ntah. Tak pasti. Tapi dia terlalu kecil utk car seat itu..huhu..

Gambar terbaru. Muka dah ok dah tapi air liur la plak meleleh. Zahrah sekarang dh pandai meniarap. Alhamdulillah.

Sekian, bertemu lagi di lain entry. Bye!

3 comments:

  1. Salam Izan....
    Tak sangka terbace blog ko...aku bace blog nideq, then saje2 bace blog kwn2 die....rupe2nya ko....hehhhe...anyway, congrates for the baby.....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...

    Haha.. tk sangka kita terjumpa di alam blog ye. Tahniah juga utk ko n cik wan dah selamat kawin. Lama tu bercinta..hehe

    ReplyDelete
  3. tq...akhirnya selamat gak kawen. kitorg la bdk kp pertama yg kawen, clas mate....skg tgh berdebar tgu ade baby plak....

    ReplyDelete