Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi asyik terlupa je.. Alkisahnya kami ada pergi ke iCT secara tak sengaja beberapa minggu yang lalu.. Sebenarnya kebetulan ke Shah Alam kerana ada urusan. Balik pula sudah agak lewat, lebih kurang pukul 10pm la.. lalu iCT nampak mcm best je. Teringin plak nak tengok. Aku bilang pada en. suami kita lalu jelah kt dlm tu. Nak tengok dari jauh je..hehe.. tapi kereta punyalah banyak, orang punyalah ramai. Lama jgk nak membolehkan masuk ke dalam tu.. oleh kerana sudah bersusah payah untuk masuk ke dalam, kami pun mengubah fikiran lah utk 'park' shj kereta dan turun menikmati keindahan lampu2 yang bbbaaaanyakk kat situ.
Adalah jugak amik2 gambar tapi gambarnya taklah cantik mana sbb guna 'hp' cikai je.. Bolehla sekadar nak buat kenangan yang kami pernah ke sana..
Haa.. pokok2 ni nampak cantik daripada jauh.
Budak dalam gambar ni nampak skema je..
Mahu bermanja..hehe..
Taman rusa agaknya.
Tanglung.
Yang tak bestnya.. sampah dibuang merata2.. sedih aku tengok.
Budak dalam gambar ni nampak skema je..
Mahu bermanja..hehe..
Taman rusa agaknya.
Tanglung.
Yang tak bestnya.. sampah dibuang merata2.. sedih aku tengok.
Ada banyak lagi pemandangan yang tidak diambil gambar sebenarnya. Sudah penat dan mahu pulang segera. Kalau memang dah plan awal2 nak pergi bolehla keluar awal dan spend masa lama sket kat situ. Kesimpulan daripada lawatan aku ke ke iCT ni, hmm.. oklah tempatnya. Kalau ada kamera yang canggih, mesti cantik gambarnya. Banyak lampu je. Budak2 mesti excited bila datang sini. Dah tua2 mcm aku ni takdela excited sgt..hehe..