Monday, June 10, 2013

Gunting-gunting dan entry pendek

Assalamualaikum...

Hobi baru ialah suka menggunting kertas. Rumah selalu bersepah. Tapi takpe, bagus untuk motor skills, bak kata orang ni (link).


Sekarang ayah punya entry style ni pendek-pendek dan kerap. Maklumlah ada smart phone..hihi. Tq ayoh ih.

Wassalam.



Tuesday, June 4, 2013

Origami

Assalamualaikum...

Sekarang ni ayah hari-hari kena buat origami lady bird. Lepas siap satu, sambung buat lagi satu, pastu satu lagi..lagi. sampai ayah cekap tahap gaban buat origami tu. Dah banyak lady bird atas lantai, ayah kena create cerita pasal lady bird yg banyak-banyak tu. Kena paksa. Maka berceritalah ayah. Belasah apa saja, asalkan ada pengajaran.



Sekarang dah 2 tahun setengah. Dalam proses bercerai susu. Nampak gaya InsyaAllah akan berjaya tak lama lagi.

Wassalam

Wednesday, May 29, 2013

ICT 2013

Assalamualaikum,

Last week kami ada ter'pergi' ke ICT. Sebenarnya tak rancang pun. Balik drpd beli barang kat Shah Alam, tiba2 En Suami bg cadangan singgah ke ICT pulak. Aku pun main2 je mengiyakan. Sekali bila Zahrah nampak lampu warna warni banyak2 tu dia jadi excited sangat. Maka melenconglah kami ke sana.

Ni masa mula2 sampai.

Orang makin ramai walaupun dah pukul 10+ pm masa ni.

Mula2 ambil gambar dengan snow man.

Lepas tu ayah ajar main pistol buih.

Zahrah dah boleh main sendiri.

Warna warni ICT gitu...

Artistik tak gambar ni? Haha... Credit to En Suami.

Zahrah dah mengantuk. Maka marilah kita pulang.


Sampai di sini sahaja. Jumpa lagi. Bye! :)

P/S: Dulu pernah jugak pergi ICT. Masa tu Zahrah belum wujud lagi. :)



Monday, May 13, 2013

Merah dan semangat

Assalamualaikum.

Ayah ada 10 minggu lagi. Kuatkan semangat. Jangan malas-malas, ayah!


Tuesday, April 30, 2013

Demam gitar pulak dah ni haaa...

Assalamualaikum...

Dulu fanatik sungguh dengan lagu Insyaallah Maher Zain, pastu demam basikal. Sekarang ni gitar pulak. Nak tidur.. bangun tidur.. mesti tanya gitar? gitar? mana gitar adik? Mula-mula tu apa saja boleh jadi gitar dia. Senduk, hanger baju. Sibuklah bercerita yang abang ngah kat rumah mama tu ada gitar.

Ada sekali dia lipat kertas A4 pastu bagi ayah satu, ibu satu. Kami pun kena kerahlah petik gitar. Kalau berhenti petik dia marah. Maka mainlah kami gitar sambil tengok TV untuk hilangkan boring. Dah syok layan TV tangan masih duk petik gitar, dia pulak entah ke mana-mana.. haha.

Satu hari ayah bawak dia gi kedai runcit, terjumpa la gitar kecik kaler sebijik macam abang ngah punya. Uuuhh..seronok sangat dia bila dapat gitar ayah beli. Tapi masa kecik-kecik je tau. Jom layan konsert Zahrah petik gitar.


Zahrah pada usia 2 tahun 5 bulan



Wassalam.


Thursday, April 18, 2013

Hari Jadi Ayah 2013

Assalamualaikum,

Semalam birthday en suami. Alhamdulillah, banyak nikmat yg Allah dah bagi. Takde buat celebration besar2an pun. Tapi ada kek untuk beliau. hehe... Plan asalnya aku nak buat surprise tapi telah terkantoi. Hahaha.. malas nak cerita kejadian kantoi itu.

Happy Birthday Ayah! Ibu & Zahrah love U soooo much!

Nampak tak tangan Zahrah yg kecik tu?

Oklah. Sampai disini sahaja. Malu nak tulis romantik2 sangat. Hahaha..

Bye! :)

Thursday, March 28, 2013

"Adik lari lajuu..."

Assalamualaikum Malaysia, dan penduduk-penduduk seluruh dunia..! Wah semangatnya bagi salam kat semua orang. Macam ramai je yang baca blog ni. Ni ayah nak sampaikan keletah Zahrah. Asyik-asyik keletah Zahra kan. Tak pe, pasal Zahrah ayah tak boring.

Ayah tempelkan gambar yang abah ambil masa Zahrah buat lawatan sambil belajar kat MSU, ikut mama abah hantar abang long belajar kat sana. Credit to abah amik gambar anak ayah tengah cute berlari ni.



Seronok sangatlah berlari-lari ni. Siap dengan tangan hayung kiri kanan, bahu naik turun. Sambil cakap "laju adik lari" (dengan muka bangga)..hihi.  Bersama mama, pengasuh sejak Zahrah umur dua bulan lagi. Cucu kesayangan ni!



Tengok dalam kolam banyak ikan. Hati-hati...kang keceburrr..jadi member ikan koi.



Cover-cover sikit punggung tu dik. Takut kantoi pakai pampers. Siswa-siswi ramai tu. Sambil lari-lari tu, kalau kita puji Zahrah lari laju, hah, makin semangat la dia buat gaya bahu naik turun. Sangat laju lah tu..hihi.


Hmm.. tengok gambar-gambar ni, teringat post ayah pasal mula-mula Zahrah berjalan. Sekarang dah boleh berlari. Oh cepatnya masa berlalu, kan.

Ok lah, wassalam..!