Saturday, March 12, 2011

Jalan-jalan ke Cameron Highland

Assalamualaikum,

Ini entry tertangguh. Dah lama dah nak tulis tapi aku tkde mood nak berblog..huhu... hari ni aku terlebih mood maka mari kita lihat apa yg berlaku pada cuti deepavali yg lalu.

Kami sekeluarga bersama adik beradik En Suami telah pergi berjalan2 ke cameron highland secara berjemaah..hehe.. menarik tak.. Tido satu malam kat rumah yg disewa dalam kawasan MARDI. Satu malam dalam RM 400 kot. Oklah kalau pergi ramai2..

Nilah rumah yg kami sewa. English stail gitu...

Zahrah dan Kak Tif

Taman bunga dalam kawasan MARDI
Sedapnya strawberry cicah coklat

Aku lupalah kenapa Zahrah marah masa ni. Dia nak pegang kamera tp org tk bagi kot

Ahli2 rombongan :)
Zahrah suka tengok arnab

Bagi Zahrah makan sekejap

Kat pasar malam di Brinchang

Strawberry!

Malamnya kami buat BBQ. Kak Za dan Abg Jan tonggak utama..hihi

Banyaknya ayamsss...

Ini suasana di dalam rumah. Mcm kt oberseas tk? Heheh

Pergi ke ladang teh pulak. Sejukkkkk sangat kat sini

Cool tk saya??? Heheh

Ni kat taman rama2

Zahrah pelik tengok rama2 banyak sangat

Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku tk larat lah nak upload semua. Huhu... seronok jugak sekali sekala pergi berjalan2.. walaupun cuma 2 hari satu malam je, oklah tu.. Lama2 sangat nanti penat pulak.

Oklah. tk tau nak tulis apa dah. Bye!

Thursday, February 24, 2011

Breastfeeding

Assalamualaikum,
Entry ni aku tulis dalam keadaan agak beremosi. Tentang pengalaman aku menyusukan Zahrah. Alhamdulillah, setakat ni aku masih mampu lg untuk fully breastfeed Zahrah. Kenapa nak fully breastfeed? Sebab susu ibu adalah yg terbaik di dunia. Aku cuba nak berikan yg terbaik untuk Zahrah. Bukan senang sebenarnya nak fully breastfeed ni. Ia melibatkan persediaan mental dan fizikal. Aku dah berazam nak fully breastfeed sejak dari mengandung lg. Hampir setiap hari bc surah al-Hujurat dan mohon pada Allah supaya aku boleh breastfeed anak aku.
Alhamdulillah, lepas bersalin air susu aku dah ada. Masa dalam tempoh 2 minggu berpantang tu, air susu aku boleh dikategorikan sebagai banyak lah jugak sampai baju selalu je basah. Tapi silapnya aku tak pam sangat ms tu. Sbbnya aku ada pam manual je jd selalu rs malas nak pam. Lepas tu berangan nnti lepas habis pantanglah baru buat stok.
Takdir Allah, aku demam ms Zahrah baru berumur 20 hari lebih. Bila demam, pengeluaran susu pun merudum. Nak pam apatah lg. Mana larat ms tu. Lepas aku demam, Zahrah pulak demam. Kesimpulannya, lepas aku demam tu produk susu aku mmg dah berkuranglah. Bila dah baik demam, baru kelam kabut nak buat stok. Aku pulak masa tu kena masuk lab awal iaitu sebelum cukup 60 hari lps bersalin ats sebab2 yg malas aku nak cerita kat sini. Untuk mempercepatkan proses mengepam, aku buat keputusan untuk beli pum elektrik. Walaupun mahal tp takpelah. Untuk org yg tak banyak susu mcm aku ni pum letrik mmg sgt2 membantu.
Aku bersyukur sbb En. Suami banyak bagi sokongan. Famili aku dan famili mertua pun sama. Tak adalah pulak diorang desak2 aku campur dgn susu formula. Dan tak adalah pulak diorang sibuk bertanya sama ada susu aku cukup ke tak nak bg Zahrah minum. Alhamdulillah. Bersyukur dapat keluarga yg mcm ni. Yg selalu melemahkan semangat aku untuk breastfeed ni ialah org2 lain yg asyik tanya susu aku banyak ke nak fully breastfeed ni. Nanti anak laparla.. apala.. Sedih bila dengar org cakap macam tu. Terus aku rasa down. Aku tak berani nak cakap besar pasal breastfeeding ni sbb susu ibu adalah rezeki dari Allah. Ada org yg susunya mmg sangat sikit sampai tak cukup nak susukan baby dia. Ada org yg susunya ada tapi baby nya tak nak pulak. Mmg pelik tp benar. Adik ipar aku sendiri yg alami. Ada org yg pada awalnya nak fully breastfeed tp sbb tak dapat sokongan org2 sekeliling, tak berjaya nak fully breastfeed. Hanya org yg pernah melaluinya je yg tau.
Aku terima sama ada susu aku banyak ataupun sikit. Tak nak merungut. Sikitnya susu.. Kalau sikit, kena pam selalulah. Bila dah dicampur2, InsyaAllah cukup. Setakat ni susu aku bukanlah mewah mcm sesetengah ibu kat luar sana tu, tapi Alhamdulillah cukup. Aku sediakan 5 botol utk pengasuh. Satu botol ada 2 oz. Kdg2 habis 4 botol, kdg2 habis 5 botol. Pengasuh kata susu cukup. Zahrah tak meragam. So, oklah kan. Walaupun susu aku tak banyak tapi aku usaha sehabis baik. Kalau dah usaha sungguh2 tp still tak mampu nak kenyangkan Zahrah, aku pun redha je nak bg Zahrah minum susu formula. Takdela pulak aku nak bg dia berlapar. Tapi itu last option. Selagi mampu, aku nak usaha susukan Zahrah sekurang2nya sampai umur dia 6 bulan. Doakan aku!



Permata hati ibu :)

Friday, January 21, 2011

Bila anak sakit

Assalamualaikum,

Dah lama dah nak tulis entry ni sebenarnya tapi takde mood, so tertangguh lah ia sampai skrg. Zahrah masuk wad kanak2 kat HKL pada hari ke 27. Kesian kan.. kecik2 dah masuk wad. Dia demam and batuk2 sket. Berjangkit daripada kami suami isteri dan juga orang2 lain dlm rumah yang blh dikatakan semuanya batuk. Dia kena tahan 7 hari. Sebenarnya hari kedua tu demam dia dah ok. Tapi sbb Dr nak habiskan antibiotik kena lah dok kat wad tu at least 7 hari. Nasib baik lepas tu Zahrah dah ok. Klau tak, kena sambung lagi tahanan kat wad. Perkara yang paling menyedihkan masa kat wad tu ialah bila Dr nak cucuk utk amik darah atau buat 'line' utk masukkan antibiotik. Kesian dengar dia menangis2 sbb sakit. Dahla bukannya senang nak cari salur darah baby. Aku mmg tak sanggup tengok kalau Zahrah kena cucuk. Selalunya mmg Dr akan cucuk kat bilik lain pun. Boleh dikatakan hampir setiap hari Zahrah kena cucuk. Masa nurse nak masukkan antibiotik kat dalam 'line' dia pun Zahrah nangis sakit. Zahrah ni plak jenis yang aktif. Kaki suka tendang2. Selalulah 'line' nya tu tercabut. Bila dah tercabut, kenalah buat 'line' baru. Ada sekali tu aku dah tak tahan, aku menangis sorang2 kat tepi katil. Nangis control2 lah jugak sbb taknak bagi org katil sebelah dgr..huhu..Lepas tu, call En. suami mengadu. Punyalah suspen en. suami dgr aku nangis2 dalam telefon. Dia kata mcm nak tercabut jantung. Igtkan ada berita buruk ke apa.. rupa2nya nangis sbb Zahrah kena buat 'line' baru..haha.. berita buruklah tu bang. Sakit tau!

Tapi aku tetap bersyukur sbb Zahrah tak sakit seteruk baby2 yang lain. Kalau tgk baby lain, mmg rasa insaf. Wayar berselirat kat seluruh muka n badan. Macam2 penyakit. Sampai sekarang aku trauma kalau Zahrah sakit/demam. Harap2nya janganlah sampai dia masuk wad lagi. Sbb aku tak tahan dgr tangisan dia bila kena cucuk utk amik darah tu. Dengar je pun dah tau sakit. Sekarang ni batuk dia dah kurang. Kdg2 je ada. Demam ada sekali lepas dia keluar wad. Nasib baik semalaman je. Alhamdulillah. Doakanlah Zahrah sihat ye. Overall, dia baby yang tak banyak karenah. Senang dijaga. Selalu senyum dan gelak2 bila diagah. Menangis bila lapar susu n kadang2 bila mengantuk nak tidur. Sayang anak ibu.. Mmmmuahhh!

Masa mula2 masuk wad. Taik mata penuh kat mata. Rupa2nya.. sbb kena infection.
Lepas tu, kena dok kat dalam incubator sbb takut batuk dia terjangkit kat baby2 lain.
Inilah 'line' yang aku maksudkan.
Lepas beberapa hari, Ibu kena bg antibiotik secara oral juga.
Masih dalam wad lg ni. Dia selalu buat muka mcm ni bila curi2 dengar ibu dan ayah berborak..hahaha..kembang kempis hidung.

Masa demam kat rumah. Dia nak orang dukung dia je. Bila letak je menangis. Sbb tak selesa kot. Aku tepek asam jawa kat dahi dia utk kurangkan panas.

Gambar terbaru: lebih kurang 2 bulan. Suka buat muka jebek mcm ni bila nak susu. Sedih je tengok..huhu..

Gambar terbaru juga: Saya sekarang suka senyum2, gelak2 bila orang bercakap dgn saya..hihi..

Oklah, jumpa lagi di lain entry. Bye!

Wednesday, December 15, 2010

Pengalaman pertama

Assalamualaikum,

Yeah.. bersua lagi kita di entry yg baru. Masa ni tengah ada mood rajinla sket aku meng"update" blog. Kalau datang angin malas kang... paham2 jelah ye..hehe..

Anyway, kali ni nak cerita sket pengalaman pertama menjaga baby/anak sendiri. Agak kekok lah jugak.. Basically baby Zahrah ni takdelah kuat sangat meragam. Boleh dikategorikan sbg ok lah jgk. Biasala.. budak kecik dengan perangai budak kecik la.. Kang tetiba dia berperangai mcm student PhD aku pulak yg terkejut..hihi..

Masa dia mula2 keluar dari rahim aku ni dia banyak tido je.. Orang gerak banyak kali nak bg minum susu pun dia tak nak bangun. Itu cerita di sebelah siang nya. Masa tu still lg kat wad. Tapi, sebelah malam nya, mak aih... dia tak nak tido la plak. Asyik nak kena pegang je. Kalau aku letak je dia kat tempat tido baby tu, for sure dia nangis. Aku dahla takde pengalaman kan, dengan badan still sakit2 lagi.. pastu nak kena kendong dia lagi sepanjang malam memangla buat aku stress. Tapi aku cubala bawak bersabar walaupun kadang2 aku rasa mcm nak join dia nangis jugak.huhu.. Masa tu memang tak sabar dah nak balik rumah. At least, kat rumah adala orang blh tolong aku. Kat hospital kerajaan ni, nurse2 tak tolong jaga baby. Semuanya ibu kena buat sendiri.

Masa malam pertama kat rumah, dia buat hal jgk. Tak nak tido. Pukul 6 pagi baru tido. Pening kepala kami suami isteri. Maybe sbb siang dia banyak tido kot. So, esoknya bila dia tido siang, kitorang kacau2 la dia. Jangan bagi banyak sgt tido dengan harapan malam nanti dia akan mengantuk dan tido awal. Alhamdulillah, malamnya dia tido dalam pukul 12am. Ada jugak bangun lepas 2/3 jam tido sbb nak minum susu n tukar lampin. Kira ok lah tu. Sampai sekarang ni, rutin tido baby Zahrah tak tetap sangat. Dua hari sebelum ni, pukul 4am baru tido. Malam td kul 1.30am. Tapi selalunya dalam kul 12am la. Kadang2 je dia tak mau tido awal. Nak suruh orang layan dia, angkat2 dia.. Ayahnya la yang rajin melayan. Nyanyi lagu nasyid or zikir2 sambil pegang dia. Aku risau jugak nnti bila dah berpantang kat KL sapa plak la yg nak melayan si Zahrah tu nanti.

Pengalaman jaga baby tengah2 malam ni kelakar jgk. En suami la yg selalu mengigau. Mengantuk sangat kot. Hihi.. Ada satu malam tu, aku baru lepas susukan Zahrah. Lepas tu dia pun lalok n tertido. Lega la jgk aku sbb sebelum tu dia asyik merengek tak mau tido. Aku pun boleh la tido jgk.. En suami masa tu dah lena dah. Tiba2, ms aku baru nak terlelap, terdengar la suara En suami dok kejut2kan Zahrah. Aku pun bangun la tanya kenapa. Baby nangis ke? Then, en suami cakap. "Eh, bukan sayang ke yang suruh kejutkan dia nak bagi minum susu?" Aku cakap, "Bila masa pulak sayang suruh kejutkan. Orang baru je susukan dia." En suami terkulat2 je bila aku cakap mcm tu. Aku nak marah pun ada. Nak gelak pun ada.. Hahaha..Orang susah payah nak bg baby tido, dia pegi kejutkan plak. Nasib baik masa tu si Zahrah mmg dah mengantuk sgt kot dia tak layan pun orang dok kejutkan dia. Fuhhh.. nasib baik.. Ada lagi En suami mengigau. Tapi aku dah tak ingat dah dialognya. Agak mengarut jugakla.. hehe..

Hmm.. apa lg nak cerita ye.. Ha.. Zahrah kena jaundice lepas hari ke-3 dia lahir. Kami kena selalu g klinik untuk check paras bilirubin nya. Alhamdulillah tak sampai kena masuk wad. Ni nak bgtau ni. Klau nak check jaundice baby, seboleh2nya jangan buat kat hospital kerajaan. Sebab diorang akan amik darah kat tangan baby dengan banyak nya ye.. Klau kat klinik kerajaan diorang just amik darah sket je kat kaki. Aku pun pelik kenapala kat hospital takde kit mcm kat klinik tu. Kesian baby nangis sampai meleleh2 air mata. Aku tak pernah tengok Zahrah nangis se dahsyat masa darah dia kena amik kat hospital tu. Lepas daripada tu, kitorang tobat taknak check jaundice Zahrah kat government hospital lg. Kalau weekend n klinik kerajaan tutup, kami suami isteri sanggup pergi hospital swasta. Takpelah bayar lebih sket daripada tengok baby menangis kesakitan macam tu. Tak sampai hati tau.

Oklah. Malas dah nak tulis. Jumpa lagi di lain entry. Bye! :)

Keciknya kaki dan tangan dia..hehe..

Monday, December 6, 2010

Nadhratul Zahrah binti Mohd Nazif

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Aku dah selamat bersalin.
Nama bayi: Nadhratul Zahrah binti Mohd Nazif
Tarikh: 1/12/10. Awal 8 hari dari due date.
Lokasi: Labour room, Hospital Sg. Buloh
Masa: 3.27 am
Berat: 2.42 kg
Cara bersalin: Normal (hampir2 tak normal sbb aku tak larat nak teran.huhu..)

Pengalaman bersalin anak sulung ni memang la tak akan dilupakan sampai bila2.. (tapi bila dh 10 thn mungkin lupa kot). Aku start turun tanda nak bersalin ialah pada hari Ahad, 28/11/10. Lebih kurang jam 11am, aku tengok ada darah keluar. Masa tu aku dah start menggigil dah. Nak masak utk lunch sebenarnya masa tu. Dah lama aku tak masak. Takde mood. Tetiba hari tu rasa nak masak plak. Lauk kegemaran terbaru suami, iaitu nangka muda masak lemak. Aku tak pernah pun masak lauk macam tu. So, tengok resepi kat internet la. Apa lagi..hehe.. Tup2, tengok ada tanda nak bersalin plak. Aku jadi confuse sama ada nak teruskan memasak ataupun terus g hospital. Tapi memandangkan aku tak rasa sakit sgt lg, maka aku pun teruskan jela memasak. Lepas tu, kemas2 barang yang perlu dibawa ke hospital. Dalam kul 3pm lebih, kami pun bertolak la ke hospital Sg. Buloh. Still tak sakit sangat masa ni. Rasa sket2 je.

Sampai je kat hospital, buat CTG, lepas tu doktor seluk utk tengok bukaan. Sakit woo.. doktor Cina perempuan tu seluk. Dia doktor pakar. Aku ingat doktor pakar memang seluk sakit sbb sebelum tu doktor biasa seluk aku takdelah rasa sakit sangat. Dia kata bukaan baru 1cm. So, boleh balik rumah dulu. Lambat lagi nak bersalin sbb aku mengandung anak sulung. Kalau dah sakit 5 min sekali, baru dtg hospital smula. So, kitorang pun balik la rumah. Sepanjang malam tu aku takleh tido sgt pun. Sbb rs sakit. Tapi tak sure berapa min skali. Sakitnya pun still boleh tahan lagi. Esok pagi, tengok ada darah lagi kat pad. Banyakla jgk. Sakit pun rasa macam 10 min skali je. So, kitorang pun pergilah lagi ke hospital. Tapi kitorang tak terus pergi ke dewan bersalin. Pegi mkn2 dulu. Nak tunggu sakit 5 min skali baru nak jumpa doktor. Tapi tunggu punya tunggu, sakit tu jadi mcm makin berjarak plak. Lama2, dah takde rasa sakit pun. Alahai, confusenya aku. Ikutkan aku nak je balik rumah berehat. Tapi suami tak berani. Dia takut aku sakit nak beranak nanti tak sempat nak g hospital. Haha.. so, kitorang berjalan2 la sekitar kawasan Sg Buloh tu.

Petang tu, lepas Asar, aku tergerak hati nak jumpa tukang urut. Nak suruh dia tengokkan lah kandungan aku ni macam mana kan. Kawan aku ada recommend sorang tukang urut ni kt Paya Jaras. Dia kata bagus, so aku pun trylah g jumpa dia. Dia tengok perut aku lepas tu check2 sket. Katanya kepala baby aku tinggi lagi ni. Memang semalam doktor kata kepala baby still tinggi lg. Sbb tu dia suruh aku balik. Kepala baby memang dah turun ke bawah tapi tak masuk betul2 kat laluannya lagi sbb tersangkut kat bahu. Punggung baby pun senget sket ke kanan. So, dia pun betulkanlah kedudukan baby. Lepas dia betulkan tu, aku rasa lega sket perut. Senang sket nak bernafas. Bila balik rumah, aku start rasa sakit semula. Kali ni rasa sakitnya lain sket drpd yg sebelum ni. Lebih sakitla kesimpulannya. Dan masa sakit tu pun agak konsisten. Aku rasala kan.. sakit2 yg sebelum ni bukan sakit contraction yang sebenar kot. Agaknya false contraction kot. Aku pernah dengar pasal false contraction tapi tak pasti pasal punca2 nya.

Esoknya, g hospital lagi. Sakit sgt dh ni. 10 min skali. Doktor check, bukaan baru 2 cm. Alah, frustnya aku. Sakit macam tu baru 2cm.... Doa tak putus2 supaya Allah permudahkan. Kitorang balik semula ke rumah sbb aku dah tak larat nak berjalan2 dh. Fikir nak berehat je. Petang tu, terfikir nak telefon mak n abah kat Mekah. Nak suruh diorang doakan aku. Tapi bila dh dapat call tu, aku rasa sedih sgtla plak. Terus menangis teresak2. Nak cakap pun tak boleh. menangis je.. Aku tak taula aku nangis sbb sakit sangat ke.. or sbb sebak diorang jauh kat sana. Masuk waktu Asar, aku rs makin sakit. Maybe 5min skali. Lepas tu, bdn aku tetiba rs menggeletar la plak. Nak solat Asar punyala payah. Solat duduk kat atas kerusi pun rs sgt seksa. Sbb kena tahan sakit contraction kan.. Lepas je solat, dalam kul 6.30pm mcm tu.. terus aku ajak suami g hospital. Aku dh tak thn sgt ni. Sampai sana dlm kul 7pm lebih. Aku terus ditolak ke bahagian kecemasan tu dgn wheel chair lg..haha.. mcm dah nak beranak sgt je gayanya. Tapi bila doktor check, bukaan baru 3cm. Aku bersyukur sgt doktor cina tu dah takde kat situ sbb aku takut dia seluk sakit wei. Doktor lain seluk takdelah sakit sgt. Diorang plan nak bagi aku pain killer sbb tengok aku sakit sgt kan.. Dalam kul 9pm, diorang check lagi bukaan. Dah 4cm. So,diorang decide nak tolak aku ke labour room. Sebelum tu aku kena inject dulu dgn pain killer tu nama apa ntah. Lupa dah. Inject kat bun..t plak tu. Tapi lantaklah. Aku dah tak kisah dah. Igtkan bolehla kurangkan sakit kan. Bolehla tido ke apa ke.. sbb aku dah 2 hari takleh tido ni. Tapi, sakit kurang sket je. Aku still takleh tido gak. dahla diorang pecahkan air ketuban aku masa kat labour room tu. Lagila aku sakit kan..

Dipendekkan cerita, dlm kul 2.45am, bukaan dah 9/10cm. Diorang suruh aku teran. Sebelum tu, nurse kat situ dah call suami bgtau yg aku dh nak bersalin. Dia on d way nak datangla masa tu. Penat aku meneran tapi baby still tak keluar2 jgk. Aku salah teknik. Dia suruh teran kat bawah, aku teran kat leher. Tapi aku tak rasa mcm nak berak pun, sbb tulah susah nak teran kat bawah. Diorang suruh aku teran mcm nak berak tu tapi jgn putus nafas. Tp susahla.. aku dah hampir putus asa dah. Dalam kul 3am, suami pun sampai. Sejuk sket hati. Dia tolong bg semangat kat aku sambil usap2 kepala. Tangan dia mcm basah n sejuk je.. Baru lps amik wudhuk ke apa.. hehe.. tapi aku rs segar la sket bila kena usap dgn tangan sejuk tu. Sbbnya aku dah berpeluh2 sakan dah dok meneran tu. Diorang bagi aku masa sejam je utk meneran. Kalau lebih drpd tu baby kena vacuum. Akhirnya setelah penat mencuba, jam 3.27 am, 1/12/10, tetiba aku terdengar suara tangisan bayi yang ala2 bersopan santun gitu. Rasa mcm tak percaya je yang aku dh berjaya meneran. Igtkan dah nak kena vacuum td. Alhamdulillah. Syukur sgt2.. Terus aku rasa sangat lapar dan penat..huhu.. Baby lahir2 je dah celik biji mata terkelip2 pandang muka ayahnya..haha.. bila nurse letak kat atas dada aku masa bdn dia masih berdarah tu pun, dia boleh mendongak dok terkelip2 tengok aku..haha.. bijak lah ini budak. Bila dah siap mandi apa semua, suami pun azan dan iqamatkan dia. Terasa syahdu sgt suasana tu. Alhamdulillah. Sekian cerita daripada sy. Tak larat dah nak tulis. Banyak je lg yang boleh dicerita. Tapi aku mahu tukar lampin baby ni. Dia sudah mengeluarkan bunyi preeett..prett.. tadi. Oklah. Sampai bertemu lg di lain entry. Bye!

Sejurus selepas dilahirkan
Masih lagi di wad. Main air liur plak. Ke.. air susu kot..
Ibu, ayah dan Zahrah :).

Hari ke-6. Dah kat rumah dah. Dia kena jaundice ni. Tangan walaupun kena bedung tapi selalu berjaya dikeluarkan.

Tuesday, November 9, 2010

Berdebar-debar..

Assalamualaikum,

Wah..lama betul aku tak tulis post baru..hahaa..
Kan aku dah kata, aku ni bukannya betul sgt.
Awal2 je rajin..hehe..pastu dah xde mood dah nak tulis.
Banyak je benda yg nak cerita tapi aku malassss...
Tapi utk kali ni tetiba aku tergerak hati plak nak tulis sket pasal 'bakal kehadiran orang baru' dalam hidup kami suami isteri.
Alhamdulillah.. aku sekarang ni tengah mengandung 36 minggu.
Tengah sarat sangat dah ni tapi masih gigih lagi pergi lab and buat labwork.
Aku sgt berharap aku dapat siapkan beberapa labwork yang aku dah plan before bersalin ni.
Due nya 9/12/10. Tapi tak taula kot2 baby nya nak kluar awal kan..
Apa2 pun doa2kan lah aku and baby selamat nanti ye.
Mak dan abah pun takde kat sini. Ada kat Mekah nun. Mula2 masa tau aku bersalin nnti diorang takde rasa frust n sedih jugak. Tapi lepas sehari dua aku dah ok dah. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah adalah sebaik2 penolong. InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya.

Baju baby dah basuh dah.. :)

Monday, May 31, 2010

Wahab's Cendol

Assalamualaikum,

Wah.. tajuk kali ni tetiba plak letak nama Pak Wahab ye..
Kali ni nak bagi review percuma kat Restoran Wahab's yang kami berdua pergi suatu ketika dahulu. Dah lama pergi, tapi malas nak update kat blog.Hehe..

Inilah kedainya. Terletak di Rampai Business park.

Kami order cendol yg paling mahal dan special sekali kat situ. Dah makan separuh baru teringat nak amik gambar.Hehe.. sorry..

Pelanggan memang ramai.

Bukti kami datang berdua :P.

Inilah dia Pak Wahab nya.. Ini gambar curi je..Sbb tulah dia tak pandang kamera.

Kesimpulannya cendol kat sini memang sedap. Dulu dia berniaga guna motor je, park kat tepi jalan. Sejak aku sekolah rendah lagi. Cuma dalam setahun dua nilah dia baru bukak kedai. Alhamdulillah, seronok tengok business orang yang bermula daripada bawah, kemudian akhirnya berjaya bukak kedai sendiri. Usaha kan tangga kejayaan.. :). Oh ye.. restoran ni bukan hanya jual cendol je ye.. Pak Wahab telah pun mengembangkan perniagaanya dengan menjual makanan2 seperti rojak dan menu ala-carte yang lain. Aku tak berapa ingatlah menunya.