Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

21/11/2009 - 21/11/2013

Assalamualaikum...

Entry tertunda

Sudah 4 tahun bersama.

Syukur Alhamdulillah :)




Wassalam...

Tuesday, November 12, 2013

Konvokesyen ibu


Assalamualaikum,

Lama tak bersua. Tiba2 aku dah konvo...haha..Sebelum ni blog buat hal. Bila nak upload gambar asyik failed je. Tu yg malas nak update. Tapi hari ni try upload, eh boleh pulak. Maka marilah kita mengabadikan kenangan di sini. Dulu aku ingat nak buat entry khas pasal sambung belajar. Tapi sekarang tengah takde mood nak bercerita. Cuma apa yang aku boleh cakap, ianya tak mudah. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang faham. Aku jenis tak suka cerita masalah pada keluarga. Emak dan abah nampak aku relax je kot.. Cuma En Suami lah yang paling faham. Mungkin sebab kami dalam dunia yang sama.

Baik, mari lihat gambar2 yg diambil pada tarikh itu, 9 November 2013. Alhamdulillah. Allahuakbar.








Hooding ceremony (ayah pandai2 tambah.hihi)




Supervisor ibu, Associate Prof Dr Wong



Sehingga berjumpa lagi. Bye! :)

Friday, January 11, 2013

11 Januari datang lagi! Happy birthday ibu...!!

Assalamualaikum...

Hari ni hari jadi ibu Zahrah. Moga ibu sihat sejahtera dan bahagia selalu. Terima kasih ibu sebab jadi insan yang sangat bertanggungjawab terhadap kami sekeluarga. Ni ayah tempelkan video khas sempena birthday ibu. Kami saaaaaaaaayang ibu!! Mmmmuuahh..!




Malam tu ayah bawa ibu dan Zahrah gi makan steamboat kat Casa Putra Bistro, Saujana Utama. Jom kita nengok gambar...





Yang benar,

Zahrah dan ayah :)

Thursday, February 24, 2011

Breastfeeding

Assalamualaikum,
Entry ni aku tulis dalam keadaan agak beremosi. Tentang pengalaman aku menyusukan Zahrah. Alhamdulillah, setakat ni aku masih mampu lg untuk fully breastfeed Zahrah. Kenapa nak fully breastfeed? Sebab susu ibu adalah yg terbaik di dunia. Aku cuba nak berikan yg terbaik untuk Zahrah. Bukan senang sebenarnya nak fully breastfeed ni. Ia melibatkan persediaan mental dan fizikal. Aku dah berazam nak fully breastfeed sejak dari mengandung lg. Hampir setiap hari bc surah al-Hujurat dan mohon pada Allah supaya aku boleh breastfeed anak aku.
Alhamdulillah, lepas bersalin air susu aku dah ada. Masa dalam tempoh 2 minggu berpantang tu, air susu aku boleh dikategorikan sebagai banyak lah jugak sampai baju selalu je basah. Tapi silapnya aku tak pam sangat ms tu. Sbbnya aku ada pam manual je jd selalu rs malas nak pam. Lepas tu berangan nnti lepas habis pantanglah baru buat stok.
Takdir Allah, aku demam ms Zahrah baru berumur 20 hari lebih. Bila demam, pengeluaran susu pun merudum. Nak pam apatah lg. Mana larat ms tu. Lepas aku demam, Zahrah pulak demam. Kesimpulannya, lepas aku demam tu produk susu aku mmg dah berkuranglah. Bila dah baik demam, baru kelam kabut nak buat stok. Aku pulak masa tu kena masuk lab awal iaitu sebelum cukup 60 hari lps bersalin ats sebab2 yg malas aku nak cerita kat sini. Untuk mempercepatkan proses mengepam, aku buat keputusan untuk beli pum elektrik. Walaupun mahal tp takpelah. Untuk org yg tak banyak susu mcm aku ni pum letrik mmg sgt2 membantu.
Aku bersyukur sbb En. Suami banyak bagi sokongan. Famili aku dan famili mertua pun sama. Tak adalah pulak diorang desak2 aku campur dgn susu formula. Dan tak adalah pulak diorang sibuk bertanya sama ada susu aku cukup ke tak nak bg Zahrah minum. Alhamdulillah. Bersyukur dapat keluarga yg mcm ni. Yg selalu melemahkan semangat aku untuk breastfeed ni ialah org2 lain yg asyik tanya susu aku banyak ke nak fully breastfeed ni. Nanti anak laparla.. apala.. Sedih bila dengar org cakap macam tu. Terus aku rasa down. Aku tak berani nak cakap besar pasal breastfeeding ni sbb susu ibu adalah rezeki dari Allah. Ada org yg susunya mmg sangat sikit sampai tak cukup nak susukan baby dia. Ada org yg susunya ada tapi baby nya tak nak pulak. Mmg pelik tp benar. Adik ipar aku sendiri yg alami. Ada org yg pada awalnya nak fully breastfeed tp sbb tak dapat sokongan org2 sekeliling, tak berjaya nak fully breastfeed. Hanya org yg pernah melaluinya je yg tau.
Aku terima sama ada susu aku banyak ataupun sikit. Tak nak merungut. Sikitnya susu.. Kalau sikit, kena pam selalulah. Bila dah dicampur2, InsyaAllah cukup. Setakat ni susu aku bukanlah mewah mcm sesetengah ibu kat luar sana tu, tapi Alhamdulillah cukup. Aku sediakan 5 botol utk pengasuh. Satu botol ada 2 oz. Kdg2 habis 4 botol, kdg2 habis 5 botol. Pengasuh kata susu cukup. Zahrah tak meragam. So, oklah kan. Walaupun susu aku tak banyak tapi aku usaha sehabis baik. Kalau dah usaha sungguh2 tp still tak mampu nak kenyangkan Zahrah, aku pun redha je nak bg Zahrah minum susu formula. Takdela pulak aku nak bg dia berlapar. Tapi itu last option. Selagi mampu, aku nak usaha susukan Zahrah sekurang2nya sampai umur dia 6 bulan. Doakan aku!



Permata hati ibu :)

Wednesday, December 15, 2010

Pengalaman pertama

Assalamualaikum,

Yeah.. bersua lagi kita di entry yg baru. Masa ni tengah ada mood rajinla sket aku meng"update" blog. Kalau datang angin malas kang... paham2 jelah ye..hehe..

Anyway, kali ni nak cerita sket pengalaman pertama menjaga baby/anak sendiri. Agak kekok lah jugak.. Basically baby Zahrah ni takdelah kuat sangat meragam. Boleh dikategorikan sbg ok lah jgk. Biasala.. budak kecik dengan perangai budak kecik la.. Kang tetiba dia berperangai mcm student PhD aku pulak yg terkejut..hihi..

Masa dia mula2 keluar dari rahim aku ni dia banyak tido je.. Orang gerak banyak kali nak bg minum susu pun dia tak nak bangun. Itu cerita di sebelah siang nya. Masa tu still lg kat wad. Tapi, sebelah malam nya, mak aih... dia tak nak tido la plak. Asyik nak kena pegang je. Kalau aku letak je dia kat tempat tido baby tu, for sure dia nangis. Aku dahla takde pengalaman kan, dengan badan still sakit2 lagi.. pastu nak kena kendong dia lagi sepanjang malam memangla buat aku stress. Tapi aku cubala bawak bersabar walaupun kadang2 aku rasa mcm nak join dia nangis jugak.huhu.. Masa tu memang tak sabar dah nak balik rumah. At least, kat rumah adala orang blh tolong aku. Kat hospital kerajaan ni, nurse2 tak tolong jaga baby. Semuanya ibu kena buat sendiri.

Masa malam pertama kat rumah, dia buat hal jgk. Tak nak tido. Pukul 6 pagi baru tido. Pening kepala kami suami isteri. Maybe sbb siang dia banyak tido kot. So, esoknya bila dia tido siang, kitorang kacau2 la dia. Jangan bagi banyak sgt tido dengan harapan malam nanti dia akan mengantuk dan tido awal. Alhamdulillah, malamnya dia tido dalam pukul 12am. Ada jugak bangun lepas 2/3 jam tido sbb nak minum susu n tukar lampin. Kira ok lah tu. Sampai sekarang ni, rutin tido baby Zahrah tak tetap sangat. Dua hari sebelum ni, pukul 4am baru tido. Malam td kul 1.30am. Tapi selalunya dalam kul 12am la. Kadang2 je dia tak mau tido awal. Nak suruh orang layan dia, angkat2 dia.. Ayahnya la yang rajin melayan. Nyanyi lagu nasyid or zikir2 sambil pegang dia. Aku risau jugak nnti bila dah berpantang kat KL sapa plak la yg nak melayan si Zahrah tu nanti.

Pengalaman jaga baby tengah2 malam ni kelakar jgk. En suami la yg selalu mengigau. Mengantuk sangat kot. Hihi.. Ada satu malam tu, aku baru lepas susukan Zahrah. Lepas tu dia pun lalok n tertido. Lega la jgk aku sbb sebelum tu dia asyik merengek tak mau tido. Aku pun boleh la tido jgk.. En suami masa tu dah lena dah. Tiba2, ms aku baru nak terlelap, terdengar la suara En suami dok kejut2kan Zahrah. Aku pun bangun la tanya kenapa. Baby nangis ke? Then, en suami cakap. "Eh, bukan sayang ke yang suruh kejutkan dia nak bagi minum susu?" Aku cakap, "Bila masa pulak sayang suruh kejutkan. Orang baru je susukan dia." En suami terkulat2 je bila aku cakap mcm tu. Aku nak marah pun ada. Nak gelak pun ada.. Hahaha..Orang susah payah nak bg baby tido, dia pegi kejutkan plak. Nasib baik masa tu si Zahrah mmg dah mengantuk sgt kot dia tak layan pun orang dok kejutkan dia. Fuhhh.. nasib baik.. Ada lagi En suami mengigau. Tapi aku dah tak ingat dah dialognya. Agak mengarut jugakla.. hehe..

Hmm.. apa lg nak cerita ye.. Ha.. Zahrah kena jaundice lepas hari ke-3 dia lahir. Kami kena selalu g klinik untuk check paras bilirubin nya. Alhamdulillah tak sampai kena masuk wad. Ni nak bgtau ni. Klau nak check jaundice baby, seboleh2nya jangan buat kat hospital kerajaan. Sebab diorang akan amik darah kat tangan baby dengan banyak nya ye.. Klau kat klinik kerajaan diorang just amik darah sket je kat kaki. Aku pun pelik kenapala kat hospital takde kit mcm kat klinik tu. Kesian baby nangis sampai meleleh2 air mata. Aku tak pernah tengok Zahrah nangis se dahsyat masa darah dia kena amik kat hospital tu. Lepas daripada tu, kitorang tobat taknak check jaundice Zahrah kat government hospital lg. Kalau weekend n klinik kerajaan tutup, kami suami isteri sanggup pergi hospital swasta. Takpelah bayar lebih sket daripada tengok baby menangis kesakitan macam tu. Tak sampai hati tau.

Oklah. Malas dah nak tulis. Jumpa lagi di lain entry. Bye! :)

Keciknya kaki dan tangan dia..hehe..

Tuesday, November 9, 2010

Berdebar-debar..

Assalamualaikum,

Wah..lama betul aku tak tulis post baru..hahaa..
Kan aku dah kata, aku ni bukannya betul sgt.
Awal2 je rajin..hehe..pastu dah xde mood dah nak tulis.
Banyak je benda yg nak cerita tapi aku malassss...
Tapi utk kali ni tetiba aku tergerak hati plak nak tulis sket pasal 'bakal kehadiran orang baru' dalam hidup kami suami isteri.
Alhamdulillah.. aku sekarang ni tengah mengandung 36 minggu.
Tengah sarat sangat dah ni tapi masih gigih lagi pergi lab and buat labwork.
Aku sgt berharap aku dapat siapkan beberapa labwork yang aku dah plan before bersalin ni.
Due nya 9/12/10. Tapi tak taula kot2 baby nya nak kluar awal kan..
Apa2 pun doa2kan lah aku and baby selamat nanti ye.
Mak dan abah pun takde kat sini. Ada kat Mekah nun. Mula2 masa tau aku bersalin nnti diorang takde rasa frust n sedih jugak. Tapi lepas sehari dua aku dah ok dah. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah adalah sebaik2 penolong. InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya.

Baju baby dah basuh dah.. :)

Saturday, January 16, 2010

Perkahwinan

Hmm... nak cerita apa ye..

Aku dirisik pada 25 Oktober 2008, bertunang 30 November 2008, nikah 21 November 2009, sanding 22 November 2009 dan majlis sambut menantu 5 Disember 2009..

Perasaan setelah melalui kesemua majlis tersebut?

Alhamdulillah.. semua urusan dipermudahkan olehNya.. Walaupun majlis aku taklah grand macam orang lain tapi aku bersyukur sebab tak ada perkara2 yang buruk berlaku.

Ni aku nak cerita la serba sedikit tentang majlis2 yang telah aku lalui.. cerita kt diri sendiri jek.. haha.. ada ke orang nak baca blog aku nih..

1) Majlis merisik

Ini adalah majlis yang paling malu aku pernah lalui seumur hidup..haha.. sangat malu untuk keluar menunjukkan muka, tapi kenala jugak keluar untuk bersalaman dengan tetamu dan juga menghidangkan makanan.. Maklum, aku anak perempuan tunggal dalam keluarga..kalau aku tak tolong2 kesianlah kat mak dan abah aku.. tersangatla malu bila wakil pihak keluarga lelaki memberitahu akan tujuan kedatangan mereka untuk merisik.. Masa tu, aku menyorok kat dapur sambil tersipu-sipu..haha..


2) Majlis pertunangan

Majlisnya ringkas sahaja. Hantaran 9 berbalas 9.. haha.. ikut suka kitorang je pasal hantaran ni.. tak ikut adat sangat..

Baju aku beli kain satin biasa je kat Jakel dan upah orang jahit baju kurung pahang. Pastu, tambah manik2 kristal tu je.. Boleh dipakai berulang2 kali sesudah habis majlis.

Make-up pula ditempek oleh sepupuku yang paling rapat iaitu Cik I. Bolehla.. make-up nipis je.. ala2 sweetlah kononnya.. lagipun aku taknakla membazir upah orang lain make-up.. bertunang je pun kan..


3) Majlis pernikahan

Diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Tmn Sri Rampai pada pukul lebih kurang 11.30 pagi. Masjid ni sebenarnya tempat aku belajar agama masa sekolah rendah dulu. Tak sangka aku nikah pun kt situ jugak.

Pakaian kami suami isteri adalah serba putih atas permintaan en. suami sendiri. Kata beliau, putih itu suci.. Iyolah.. bang oii..

Baju nikahku adalah dari spesis baju kurung moden. Kainnya murah sahaja aku beli kat Nagoya.. Semeter 5 hengget kalau tak silap.. Pastu aku beli kain chiffon yang murah semeter 5 hengget jugak rasanya utk buat lining.. Hantar upah jahit kt PKNS.. Sebenarnya butik tu tak amik pun tempahan jahit baju tapi sebab aku dah merengek2 kt kakak tu mintak tolong buatkan dia pun amiklah.. Dia hantar kt kawan dia kat Klang.. Aku suruh dia jahit baju nikah dan juga baju sanding sekali.. Antara sebab aku tergerak hati nak mintak kakak tu jahitkan baju aku sebab aku tengok baju2 yg dijual kat situ banyak yang guna lining dan agak kemas juga.. bukan senang nak cari taylor yang kemas jahit lining ni tau.. mak aku pun surrender tak mahu jahitkan. Dia takut bajuku itu hancuss..hahah.. Upah pun berpatutanlah.. 100 hengget.. Bagiku oklah harga tu sebab sekali dengan lining kan.. pastu kemas pulak jahitannya.. Tapi, kalau orang lain nak mintak dia tolong jahitkan juga tak tahulah dia nak ke idak..aku dapat tu pun sbb rezeki je tu.. Bajuku itu bakal diguna pakai pula oleh bakal isteri pakcikku yang akan berkahwin pada hari raya cina yang akan datang..Baguslah..

Berikut adalah gambar baju nikah kami.. Baju en. suami jugak ditempah di PKNS tapi butik yang lain.. Kainnya pun taklah mahal mana.. semeter belas2 hengget tapi nggak ingatlah angka sebenar. Beli kat Nagoya jugak. Tapi bila dah siap aku rasa ok je baju kitorang. Taklah nampak mcm murah sangat pun.. Haha.. perasan..


4) Majlis persandingan

Dibuat di Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan, Tmn Sri Rampai. Aku amik pakej dengan satu butik pengantin ni kt Gombak. Apa ntah nama butiknya aku kurang ingatlah.. Salah satu tujuan aku tulis blog nih ialah supaya aku boleh recall semula info2 sementara aku masih ingat ni.. Sbb aku ni cepat lupa..hehe.. Tapi nama owner butik tu aku ingat lagi iaitu Kak Yus.. Oklah K.Yus ni.. Orangnya senang dihubungi dan dibawa berbincang.. Aku pulak jenis pengantin yang simple je.. so lagi senanglah nak bekerjasama..

Harga pakej dia aku rasa harga biasa la kt KL ni.. RM 1400 merangkumi make-up 2 kali untuk nikah dan sanding, pelamin dan juga aksesori. Baju aku pakai baju sendiri. Make-up dia oklah. Natural.. mmg itu pun yang aku nak.. Nggak mau yg tebal2.. hari nikah K.Yus yang make-up kan aku. Dia datang awal.. Baguss.. Pukul 8 pagi dah bagi salam dah kat umah aku.. Hari sanding pulak dia hantar orang lain make-up kan.. Namanya K.Wati.. pun datang awal jugak.. aku tengah khatam Quran masa dia sampai tu.. Salah satu perkara yang merisaukan aku ialah mak andam datang lambat.. Sbb kebanyakan wedding kawan2 yang aku pegi, rata2 mak andamnya datang lewat.. Pastu mula la terkejar2 nak make-up.. I tak sukeee macam tu..

Pelamin dia aku rasa biasa je.. sbb expectation aku lain sebenarnya.. Tapi sbb dia dah siap pasang masa aku pegi jengah ke dewan pada malam sebelum majlis tu, so.. aku redha jelah..

Baju sandingku seperti yang telah diceritakan di atas, ditempah di atas ehsan seorang kakak yang bekerja di sebuah butik di PKNS. Aku sangat penin sebenarnya memikirkan design baju sandingku itu.. Aku tak mahu sewa di butik pengantin kerana kebanyakan baju tidak mengikut seleraku.. jaranglah, pendeklah, ketatlah.. besar sangatlah.. mcm2.. Oleh itu, aku membuat keputusan mahu menempah sendiri baju yang simple tapi sweet.. eceh.. konon2 boleh diguna pakai semula kalau mahu pergi function ke apa ke.. So, inilah hasilnya setelah penat aku menggoogle dan juga menelaah majalah pengantin.


Baju sandingku itu konon2 mahu tiru baju Siti Nurhaliza tapi sbb menggunakan kain yang murah je kan.. so.. hasilnya nampak taklah secantik seperti yang Siti pakai. Tapi aku tetap sukee.. baju tersebut. Tudung pun aku beli sendiri je.. beli tudung bawal kosong kt kedai Bunga Reben kt dalam bangunan sebelah Semua House tu, sehelai 6 hengget je. Pastu beli hiasan yang letak kat hujung tudung tu.. apa ntah pangilannya.. semeter pun 2, 3 hengget je.. aku kurang ingatlah harga sebenar.. pastu jahit sendiri. Veil pun aku beli sendiri harganya 50 hengget setelah penat menjelajah seluruh Jln TAR bersama sepupuku. Susah tau mahu cari veil warna peach n gold yang cantik dan murah.. Itu adalah harga termurah yang aku boleh dapat.. Tulah.. sapa suruh mengada2 nak pakai baju sanding warna peach.. lepas tu.. sendiri susah.. Berikut adalah hasilnya..

Hmm.. lagi nak cerita apa ye.. Haa.. mahu lihat kasut sandingku? Jangan gelak okeh.. Jeng..jeng..

Hahaha.. mungkin tidak pernah dibuat orang tapi aku peduli hape.. yang penting aku selesa nak berjalan dan juga boleh diguna pakai lagi selepas itu..Ala.. dalam gambar bukannya nampak sgt pun..

Kad kawin kitorang dapat tempah kat tempat yang murah dan cantik.. Alhamdulillah, rezeki.. Sekeping 35 sen untuk 800 keping. Dapat
bunting free lagi.. Masa tu promosi sempena bulan kemerdekaan. Kitorang tempah kat satu kedai ni kat Jln Pudu. Tapi tadi apsal aku bukak website dia tak blh plak ye.. Hmm.. musykil.. Tapi, hari tu aku ada bukak website dia tengok harga sudah naik jadi 80 sen da..

Katering pula aku ambil dengan Lusiana Catering atas saranan Pn. A. Ini websitenya. http://www.themakan.net/. Makanan sedap sampai tak cukup. Aku pun tak sempat merasa lauk kenduri. Masa makan beradap tu kan control ayu..haha.. Servis pun bagus. Senang nak berurusan.

5) Sambut menantu


Hadoi.. penat juga tulis blog nih.. sekali tulis punyala panjang.. lps ni ntah tulis ke idak lagi nih..
Oklah, majlis sambut menantu diadakan di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan. Bagiku, majlis yang disediakan agak meriah juga.. tapi bila kutanya pada en. suami berapa harga pakej yang diambil, beliau pun tidak ingat la.. tapi yang pastinya lebih murah daripada harga di KL. Majlis diadakan serentak dengan abang kepada en. suami. Kiranya ada 2 pengantinlah pada hari tersebut. Ok, cuci mata sket ye..
Sampai di sini shj coretanku tentang majlis perkahwinan. Sebenarnya ada banyak lagi yang nak ditulis tapi aku sudah tak larat la.. Mahu pergi lipat baju pula.. Bye!

Permulaan

Assalamualaikum..

Hihi.. malu sebenarnya nak tulis blog nih! Aku bukannya jenis orang yang suka share perkara peribadi dengan orang lain melainkan yang benar-benar rapat je..

Tapi.. bila dah berkahwin ni.. rasa nakla jugak mengabadikan kenangan bersama suami supaya bila baca semula boleh ingat kembali moment2 yang indah itu.. eceh.. konon..haha..

Blog ni sebenarnya adalah catatan peribadi untuk diri aku sendiri. Mungkin di masa akan datang, aku boleh refer semula apa2 info yang aku tulis kat sini. Di samping itu, kalau info2 yang aku tulis di sini dapat membantu orang lain.. itu satu bonuslah kan.. bagus jugak dapat berkongsi ilmu nih..

Minta maaflah kalau tulisan aku ni merapu dan juga bahasanya tidak bagus kerana aku tulis untuk suka2 sahaja.. Tak tahulah sampai bila aku akan ada mood untuk berblog nih.. Takut hangat2 tahi ayam je.. hehe.. Tapi, InsyaAllah.. aku cubalah sedaya upaya untuk update terutama bila ada cerita2 yang menarik.. Oklah, sampai di sini sahaja untuk 1st entry..