Wednesday, March 27, 2013

Laman sekangkang kera

Assalamualaikum,

Depan rumah kami ada laman kecil. Nak kata sekangkang kera tu taklah. Banyak jugak kera boleh kangkang kat situ kot. Hahahahah... Dah lama terbiar. Lepas 6 bulan duduk baru nak tanam rumput. Mula2 ingat nak upah orang je. Tapi en suami tiba2 rajin pula nak tanam sendiri. Memang jimat sangat buat sendiri. Cuma badan sakit2 jelah.. hehe..

  
Aku lupa nak snap gambar sebelum. Ni jelah gambar yg ada. 

 En suami yang gagah.. hehe

Batu pijak beli kat Sg. Buloh. Kat area depan hospital Sg. Buloh. RM 6 sekeping. Yg dalam guni tu tanah. RM 5 sekarung.

 Rumput mutiara pun beli kat Sg. Buloh. RM 1.30 sekeping. Beli kat orang kampung. Murah sikit.

 Sambil mencangkul, silalah berborak dgn jiran sebelah rumah juga ye. Ni dalam proses nak buang batu2 binaan yg tertanam kat situ.

Dah siap keluarkan tanah yang berbatu2 tu, kita letakkan pula tanah yg dah dibeli tadi. Ratakan, dan letakkan batu pijak. Lepas tu, letak rumput.

Ni antara pokok terawal yang ditanam. Mmg sengaja pilih pokok yg tahan lasak sbb kami bukannya pandai sangat bercucuk tanam.

Selepas seminggu, inilah hasilnya. Esoknya, aku tabur baja kimia, lepas tu melecur pulak rumput tu. Tapi tak semua la. Ada yg ok, ada yg tak. Rupanya baja tu kena dilutekan dulu, then baru siram. Aku pulak lepas letak baja, tak siram pun. Mana aku tau. Huhuhu... Yg mana dah rosak tu biar jelah. Tunggu tumbuh yg baru lah.

Kos menyiapkan laman ni lebih kurang RM 200 termasuk dengan batu2 pijak tu. Kalau upah org tanam rumput saja ada mcm2 harga. Ada yg kata RM 700, RM 500, RM 350, etc... yg boleh bg murah tu taktaulah kualiti penanamannya mcm mana. Buat sendiri puas hati. Boleh design ikut suka.
Terima kasih kpd En suami sbb sudi buat kerja2 ni semua! I lap U! hehehe...

Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)

Monday, March 25, 2013

Zoo Negara

Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas ada bawak Zahrah pergi jalan2 ke Zoo Negara. Pergi weekend je. Best jugak. Orang tak ramai sangat mcm masa cuti sekolah or public holiday. Tapi tiket mahal giler lah. RM30 untuk sorang dewasa. Kena tunjuk mykad. Kalau tak, kena bayar RM50. Kanak2 bawah 3 tahun masuk free. Kalau lebih 3 tahun aku tak ingat berapa. Zahrah seronok jugak pergi zoo. Dia dah kenal binatang seronoklah bawak. Siap cakap lagi lepas tu 'Adik nak gi zoo lagi'. Errkkk.. kalau tiket masuknya RM3 boleh la lagi. Ini RM30. Ibu dgn ayah je dah RM60. Belum lagi nak makan2 ke, naik train ke kt dalam tu. Tunggulah lama sikit nanti kita pergi lagi ye...hehehe. Sekarang, mari lihat cerita bergambar.


Baru sampai ni. Datang pagi. Parking pun banyak lagi. Ayahnya nampak lagi excited compare dgn anaknya.hehehe

Mula2 tengok monyet.

Rabbit pun ada.

Kitorang datang dengan perut kosong. Tak sempat nak makan kat rumah. Ingat nak breakfast kat zoo. Sekali mahal giler la makanan dia. Tak sedap pulak tu. Kat kedai ni kitorang je yg duduk makan. Malunya kat orang lalu lalang. Orang lain siap bawak bekal lagi. Pengajaran. Lain kali kalau nak pergi zoo negara makan kat rumah siap2 or bawak bekal.

Beli la fridge magnet seketul buat kenang kenangan. Mahal la seketul RM10 kalau tak silap. 

Ni tengah tengok animal show. Budak tadika/taska banyak buat lawatan. Kagum aku tengok cikgu2 handle budak2 kecik tu. Aku tanya en suami dia bagi tak kalau Zahrah nak ikut pergi lawatan ke zoo bila dia dah masuk tadika nanti. En suami cakap boleh tapi dia nak ikut sekali. Dah mcm afdlin shauki dalam cerita papadom tu la pulak. Hahah.. Eh, tapi serious risau la tengok budak2 kecik ni berjalan ramai2. Takut ada yg tertinggal cikgu tak perasan je.  

Zahrah ni asyiklah nak pakai topi lepas tu tarik sampai ke depan. Nak berjalan pun mcm tak nampak je. Tapi dia marah kalau aku naikkan ke atas sikit topi dia tu. Konon cool la pakai topi macam tu.

Burung ni pandai ambik duit.

Zahrah ingat lagi nama dia Dolfy tau..

Boleh tengok jadual kat situ.

Naik train pulak. Tak larat nak jalan.

Zirafah makan sayur..

Gajah..

Harimau... Auuuummmm!!!

Singa.. Auuuuuummmm jugak!!!

Rusa..

Burung merak yang cantik.


Tapi busuk Zahrah kata.. hahaha..

Minum dulu.

 
Gajah makan tebu..

 
Oklah. Nak balik dah. Bye!!! :)


Jumpa lagi!








Friday, January 11, 2013

11 Januari datang lagi! Happy birthday ibu...!!

Assalamualaikum...

Hari ni hari jadi ibu Zahrah. Moga ibu sihat sejahtera dan bahagia selalu. Terima kasih ibu sebab jadi insan yang sangat bertanggungjawab terhadap kami sekeluarga. Ni ayah tempelkan video khas sempena birthday ibu. Kami saaaaaaaaayang ibu!! Mmmmuuahh..!




Malam tu ayah bawa ibu dan Zahrah gi makan steamboat kat Casa Putra Bistro, Saujana Utama. Jom kita nengok gambar...





Yang benar,

Zahrah dan ayah :)

Monday, December 31, 2012

Jalan-jalan ke nursery sg buloh

Assalamualaikum,

Ehemm... kamera dah beli yg baru. So, ada gambar, barulah syok sikit aku nak update blog. hihihi... Alah, kamera mcm yg rosak sebelum ni jugak. Weekend lepas kami ke sg buloh. Saja survey2 rumput, tengok pokok2. Aku ni bukanlah pandai sgt bercucuk tanam. Tak pernah seumur hidup pun. Eh, pernah kot sekali. Tapi tak hidup pon pokok tu. Hehe.. terbuka pekung di dada pulak.

Tapi, bila dah ada rumah sendiri ni, teringin lah jugak nak mencantikkan laman yg sekangkang kera tu. Berangan memang hebat. Tapi nak merealisasikannya tu aku tak tau la berjaya ke idak. Kalau boleh nak tanam pokok yang senang hidup je. Cucuk je hidup. Cantik pulak tu. Ada ke pokok yang mcm tu ha? 

Tak beli apa2 pun lagi. Hidup di bandar ni semua nak pakai duit. Eh, aku duduk kat bandar ke? Perasan.. Nak tanam rumput pun kena keluar duit jugak. So, nanti2lah. Utamakan yg lebih penting dulu walau hakikatnya memang tak sabar nak mencantikkan rumah. Eh, hobi aku masa degree dulu ialah beli majalah hiasan rumah tau. Tiap2 bulan beli. Dahlah mahal. Masa tu jadi student mana ada duit sgt kan. Tapi sanggup tu berjimat semata2 nak beli majalah pasal interior design ni. Lepas tu berangan. Nanti bila aku dah ada rumah sendiri aku nak hias mcm dlm majalah tu. Huhuhu... sekarang ni dah jarang2 beli. Sbb tak lalu kedai jual majalah kot. Kalau lalu tu menggeletis jugak nak beli. Tapi aku amalkan konsep ukur baju di badan sendiri la. Rumah yg cantik tak semestinya kena beli hiasan yg mahal2. Yang murah pun ok asalkan pandai mix and match. Cewah.. cakap mcm pandai. Dahlah. Mengarut je aku ni. Sebenarnya nak buat entry pendek je. Termengarut pulak.

Oklah. Mari lihat cerita bergambar.

Sampai ke kampung kitorang masuk. Lepas tu jakun tengok angsa. Nampak tak angsa dalam gambar tu?

Zahrah dan ayahnya posing tengah2 panas.

Budak tak mandi lagi. Lepas breakfast kat kedai terus je pegi sg buloh. Tak jauh sgt pun drpd rumah.

Ayah paksa Zahrah posing kat celah2 bunga.

Muka tak rela kan? Hahah

Cubaan ayah ambik gambar berseni.

Lepas tu ada budak nangis 

Lepas tu dia tunjuk hidung dia bila ibu ambik gambar

Lepas tu dia korek hidung.. Hahaha.. sopan sungguh..

Kitorang tak singgah banyak kedai pun. Pergi dua, tiga kedai je. Panas, tak larat. Ayah pun nak balik cepat sbb nak balik kelantan malamnya tu.

Oklah. Jumpa lagi di lain entry. Bye! :)  

Monday, December 3, 2012

Zahrah is 2

Assalamualaikum,

Sejak takde kamera ni, malas nak update blog. Tapi banyak je cerita sebenarnya. huhuhu...
Ni aku tempelkan gambar2 sempena birthday zahrah yang kedua (1st Dec 2012). Kamera pinjam je ni. Beli kek mkn sama2 dekat rumah pengasuh dia. Kat situ ramai budak2. Meriah sikit.

Tapi sebelum tu nak letak gambar ni dulu. Ni masa zahrah umur tujuh bulan. Comel la senyum mcm tu..haha

Adam pun ada potong kek jugak sebulan sebelum Zahrah. Ni kat rumah atok & nenek kat KL.

Birthday cake zahrah yg ke-2. Gambar kat tengah tu print sendiri. Lepas tu gigih pergi laminate sebelum letak atas kek. Boleh simpan kad tu..  

Gambar kat atas kek..



Kitorang balik tengahari pergi rumah pengasuh ingat nak buat surprise. Sekali Zahrah tido pulak. Terpaksala kejutkan dia sebab nak potong kek. Ni tengah mamai lagi ni. Alahh.. kurusnya anak ibu.. 

Sebelum potong kek kita bergambar dulu. Ni belum cukup lagi ni kawan2 zahrah. Tapi sbb kitorang nak cepat takdelah nak tunggu sampai semua dtg. Pengasuh Zahrah duduk sebelah ibu.

Ayah pun ada tau.. Ayah kesayangan Zahrah ni.. hihi


Mari potong kek.. Nampak sangat muka baru bangun tido.

Hmmm...sedappp...


Happy birthday Zahrah! Saaayangg Zahrah! :)

Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)