Assalamualaikum,
Wah..lama betul aku tak tulis post baru..hahaa..
Kan aku dah kata, aku ni bukannya betul sgt.
Awal2 je rajin..hehe..pastu dah xde mood dah nak tulis.
Banyak je benda yg nak cerita tapi aku malassss...
Tapi utk kali ni tetiba aku tergerak hati plak nak tulis sket pasal 'bakal kehadiran orang baru' dalam hidup kami suami isteri.
Alhamdulillah.. aku sekarang ni tengah mengandung 36 minggu.
Tengah sarat sangat dah ni tapi masih gigih lagi pergi lab and buat labwork.
Aku sgt berharap aku dapat siapkan beberapa labwork yang aku dah plan before bersalin ni.
Due nya 9/12/10. Tapi tak taula kot2 baby nya nak kluar awal kan..
Apa2 pun doa2kan lah aku and baby selamat nanti ye.
Mak dan abah pun takde kat sini. Ada kat Mekah nun. Mula2 masa tau aku bersalin nnti diorang takde rasa frust n sedih jugak. Tapi lepas sehari dua aku dah ok dah. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah adalah sebaik2 penolong. InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya.
Tuesday, November 9, 2010
Monday, May 31, 2010
Wahab's Cendol
Assalamualaikum,
Wah.. tajuk kali ni tetiba plak letak nama Pak Wahab ye..
Kali ni nak bagi review percuma kat Restoran Wahab's yang kami berdua pergi suatu ketika dahulu. Dah lama pergi, tapi malas nak update kat blog.Hehe..

Kesimpulannya cendol kat sini memang sedap. Dulu dia berniaga guna motor je, park kat tepi jalan. Sejak aku sekolah rendah lagi. Cuma dalam setahun dua nilah dia baru bukak kedai. Alhamdulillah, seronok tengok business orang yang bermula daripada bawah, kemudian akhirnya berjaya bukak kedai sendiri. Usaha kan tangga kejayaan.. :). Oh ye.. restoran ni bukan hanya jual cendol je ye.. Pak Wahab telah pun mengembangkan perniagaanya dengan menjual makanan2 seperti rojak dan menu ala-carte yang lain. Aku tak berapa ingatlah menunya.
Sunday, April 18, 2010
Berjalan-jalan ke iCT
Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi asyik terlupa je.. Alkisahnya kami ada pergi ke iCT secara tak sengaja beberapa minggu yang lalu.. Sebenarnya kebetulan ke Shah Alam kerana ada urusan. Balik pula sudah agak lewat, lebih kurang pukul 10pm la.. lalu iCT nampak mcm best je. Teringin plak nak tengok. Aku bilang pada en. suami kita lalu jelah kt dlm tu. Nak tengok dari jauh je..hehe.. tapi kereta punyalah banyak, orang punyalah ramai. Lama jgk nak membolehkan masuk ke dalam tu.. oleh kerana sudah bersusah payah untuk masuk ke dalam, kami pun mengubah fikiran lah utk 'park' shj kereta dan turun menikmati keindahan lampu2 yang bbbaaaanyakk kat situ.
Adalah jugak amik2 gambar tapi gambarnya taklah cantik mana sbb guna 'hp' cikai je.. Bolehla sekadar nak buat kenangan yang kami pernah ke sana..
Haa.. pokok2 ni nampak cantik daripada jauh.
Budak dalam gambar ni nampak skema je..
Mahu bermanja..hehe..
Taman rusa agaknya.
Tanglung.
Yang tak bestnya.. sampah dibuang merata2.. sedih aku tengok.
Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi asyik terlupa je.. Alkisahnya kami ada pergi ke iCT secara tak sengaja beberapa minggu yang lalu.. Sebenarnya kebetulan ke Shah Alam kerana ada urusan. Balik pula sudah agak lewat, lebih kurang pukul 10pm la.. lalu iCT nampak mcm best je. Teringin plak nak tengok. Aku bilang pada en. suami kita lalu jelah kt dlm tu. Nak tengok dari jauh je..hehe.. tapi kereta punyalah banyak, orang punyalah ramai. Lama jgk nak membolehkan masuk ke dalam tu.. oleh kerana sudah bersusah payah untuk masuk ke dalam, kami pun mengubah fikiran lah utk 'park' shj kereta dan turun menikmati keindahan lampu2 yang bbbaaaanyakk kat situ.
Adalah jugak amik2 gambar tapi gambarnya taklah cantik mana sbb guna 'hp' cikai je.. Bolehla sekadar nak buat kenangan yang kami pernah ke sana..
Ada banyak lagi pemandangan yang tidak diambil gambar sebenarnya. Sudah penat dan mahu pulang segera. Kalau memang dah plan awal2 nak pergi bolehla keluar awal dan spend masa lama sket kat situ. Kesimpulan daripada lawatan aku ke ke iCT ni, hmm.. oklah tempatnya. Kalau ada kamera yang canggih, mesti cantik gambarnya. Banyak lampu je. Budak2 mesti excited bila datang sini. Dah tua2 mcm aku ni takdela excited sgt..hehe..
Monday, March 29, 2010
Si comel yang terpaksa kukorbankan
Salam bahagia.
18SG labwork datang lagi. Rasa tak sanggup untuk melakukannya... tetapi apakan daya. Dah jadi tugas aku untuk disettlekan. Kita layan gambar... zasss...

Preparation

Safety first.

Guling-guling..main-main..alahai seronoknya.

Ready? Bismillahirahmanirrahim.

1...2...3... hurrrpp..! Crack!

Shave...jangan tak shave.

She took the skin.

Remove the fatty layer.

Ready to be kept in -80 degree celsius freezer.

Berat ni. Berkilo-kilo.

Finish at 2 a.m. Dah lewat sangat, jadi kami tidur di lab :)

~ Pharmaceutic lab. 27-38 Mac 2010 ~
Preparation
Safety first.
Guling-guling..main-main..alahai seronoknya.
Ready? Bismillahirahmanirrahim.
1...2...3... hurrrpp..! Crack!
Shave...jangan tak shave.
She took the skin.
Remove the fatty layer.
Ready to be kept in -80 degree celsius freezer.
Berat ni. Berkilo-kilo.
Finish at 2 a.m. Dah lewat sangat, jadi kami tidur di lab :)
Monday, March 1, 2010
Balik Kampung
Assalamualaikum..
Kali ni nak bercerita tentang pengalaman balik kampung en.suami di Pasir Puteh, Kelantan. Ini adalah kali pertama aku balik kampung en. suami selepas majlis menyambut menantu. Seronok berada di Kelantan ni.. Selain penduduknya yang ramah tamah dan rajin bekerja.. di sini juga ada baaaaaaaaanyakk jenis makanan yang aku tak pernah jumpa di KL dan juga negeri2 lain. Jakun jugaklah aku nengok..hehe.. semua benda aku nak rasa.. Maka, maafkanlah diri sendiri kalau badan naik dengan jayanya ye.. hahaa.. semenjak 3 bulan kawin, berat aku sudah naik dalam 3-4 kg.. Itu sangat menakutkan kerana apakah yang akan terjadi setelah 3 tahun berkahwin? Adakah peningkatan berat badan akan berkadar terus dengan usia perkahwinan? Ohh.. aku kena diet nih! (tapi bersenam malas.. camno?? Huhu..)

~ Kampung Bukit Abal. 27-30 Februari 2010 ~

Main badminton dengan Wad. Dah lama aku tak main. Sakit2 badan aku lepas tu.. Gaya pun ntah ap2 je..hahah..

Melawat bendang belakang rumah yang luas terbentang. Tapi ma kata padi tak menjadi masa tu sbb diserang oleh sang tikus. Lihat, aku sudah semakin tembun. En. suami pula nampak mcm tak mandi je.. Huhuhu..Jangan marah bang..
Bershopping dengan Ma di pekan Pasir Putih. Macam-macam ada...Klau boleh, semua benda aku nak borong. Ok, sampai sini shj coretan kali ini.. Bye2!
Tuesday, February 23, 2010
Akhlak mulia
Assalamualaikum..
Hari ni nak mengingatkan diri aku sendiri tentang akhlak yang baik. Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan juga sesiapa shj yg membaca blog ini..Sharing is caring kan? :)
1) Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Jangan membandingkan apa yang kita lalui dengan orang lain. Kerana kita tak tahu apa yang telah mereka lalui. Kesusahan dan kesedihan yang mungkin dirahsiakan daripada penglihatan kita. Kita hanya nampak yang indah2 pada mereka. Apa yang tersirat, hanya mereka dan Allah yang tahu.
2) Belajar untuk mengawal rasa marah. Kerana perasaan marah itu datangnya daripada syaitan. Setiap kali aku marah, mesti aku menyesal dengan apa yang aku katakan ketika marah. Bila hati dah tenang, barulah boleh berfikir dengan waras dan bercakap dengan menggunakan akal.
3) Sentiasa menjaga percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Kadang2, kita nak bergurau, tp cara gurauan kita tu tak berapa nak diterima oleh orang. So, berhati-hatilah.. lebih2 lagi dengan orang yang kita tak berapa nak rapat.. janganlah terus diaplikasikan lawak bodoh kita tu kerana tak semua orang boleh terima. Kadangkala, sesama orang yang dah rapat pun boleh terasa hati jugak.. inikan pula orang yang kita baru kenal. Lagi satu, aku nak ingatkan diri aku jugak.. kalau kita tak suka orang cakap 'mcm tu' kat kita, maka janganlah kita berkata 'demikian' pada orang lain. Hati kita, kita nak orang jaga.. tapi hati orang kita tak jaga.. tak bolehla mcm tu kan.. ;).
4) Jangan mengumpat! Haa.. ini susah nak dipraktikkan walaupun cakap macam senang je.. Maksud mengumpat itu ialah bercakap tentang perkara yang tidak disukai oleh seseorang itu tanpa pengetahuannya. Perkara yang diperkatakan itu adalah perkara yang BENAR tapi tidak disukai olehnya. Kalau bercakap perkara yang TIDAK BENAR pula, itu sudah jadi FITNAH la.. Lagi satu, elakkanlah belakang orang itu kita umpat dia kaw2.. tapi depan dia kita buat baik pula mcm tak ada apa2 yang berlaku.. Sedihnya kalau terjadi pada aku.. Oleh itu, aku haruslah berusaha bersungguh2 untuk mengelakkan perkara itu! Yakin boleh! Hehe..

Saturday, February 20, 2010
Rumah
Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita di entry yang baru.. Tiba2 bersemangat pulak nak tulis tentang rumah yang kami sewa di Puncak Alam. Rumah sewa je dulu.. nanti bila dah banyak pitih barulah bulih beli rumah sendiri.. Nanti bila dah ada rumah sendiri.. bila baca blog ni semula.. haruslah rasa bersyukur dengan nikmat hidup yang Allah bagi ye tak? Sekarang ni pun bersyukur jugak..hehehe..
Oklah.. nak tunjuk serba sedikit gambar ketika proses pemindahan dulu.. Kami pindahkan barang sedikit demi sedikit sebelum berkahwin.. So, lepas kahwin boleh terus tinggal bersama. Kami tinggal di apartment shj.. Sewa agak murah, iaitu ~RM300 sebulan termasuk maintenance. Aku tau ada rumah kawasan situ yang boleh dapat lebih murah lagi tapi kami dah malas nak mencari. Lagi pun kami dah suka dengan rumah ni sbb terletak di tingkat 1 je, ada jiran di depan, sebelah, bawah dan atas rumah yang kesemuanya sudah berkeluarga. Jiran2 pun baik2 belaka dan ramah mesra..
Kawasan dapur.. Sangat berselerak lah.. En. suami jadi model peti ais..hihi..
Ruang tamu
Master bedroom
Dapur kami yang 'simple' tapi sangat bermakna. Di sinilah kami suami isteri bekerjasama menyiapkan hidangan hampir setiap hari.. ala.. masak yang mudah2 je..
Bertemu lagi kita di entry yang baru.. Tiba2 bersemangat pulak nak tulis tentang rumah yang kami sewa di Puncak Alam. Rumah sewa je dulu.. nanti bila dah banyak pitih barulah bulih beli rumah sendiri.. Nanti bila dah ada rumah sendiri.. bila baca blog ni semula.. haruslah rasa bersyukur dengan nikmat hidup yang Allah bagi ye tak? Sekarang ni pun bersyukur jugak..hehehe..
Oklah.. nak tunjuk serba sedikit gambar ketika proses pemindahan dulu.. Kami pindahkan barang sedikit demi sedikit sebelum berkahwin.. So, lepas kahwin boleh terus tinggal bersama. Kami tinggal di apartment shj.. Sewa agak murah, iaitu ~RM300 sebulan termasuk maintenance. Aku tau ada rumah kawasan situ yang boleh dapat lebih murah lagi tapi kami dah malas nak mencari. Lagi pun kami dah suka dengan rumah ni sbb terletak di tingkat 1 je, ada jiran di depan, sebelah, bawah dan atas rumah yang kesemuanya sudah berkeluarga. Jiran2 pun baik2 belaka dan ramah mesra..
Di sinilah kehidupan baru kami suami isteri bermula... Banyak lagi yang perlu kami pelajari dan perbaiki dalam hubungan suami isteri. Keperluan rumah yang dibeli pada peringkat awal ni hanyalah yang asas shj dulu. Nanti2lah bila dah ada rumah sendiri baru beli perabot lengkap. Apa pun, aku selesa tinggal di sini dan rasanya mungkin kami akan terus tinggal di sini sehinggala kami membeli rumah sendiri nanti. Itu pun, kalau tuan rumah tak halau la kan.. hehe..
Oklah, sampai sini je dulu entry tentang rumah.. Bahagian rumah yang lain malulah nak tunjuk.. Biasa2 aje.. Hehe.. bye!
Subscribe to:
Comments (Atom)