Sunday, August 12, 2012

Saya ada basikal baru

Assalamualaikum semua...

Hai apa khabar? Saya Zahrah. Saya berasa sungguh seronok sebab saya ada basikal baru..hihi.

Oh... suka sangat-sangat lah ni ada basikal baru. Senyum melebar gitu.

Bangun pagi-pagi mulut musyuk lagi tu dah tanya-tanya "kal? kal?" (basikal).

Ok, ni dah mandi. Dah pakai tudung cantik-cantik. Siap gendong tiger Maybank Cik Dah bagi lagi ni ha. Kucing kak tif bagi dah patah kaki duk dlm bakul lego letak kat bonet je ye.

Ok lah, jumpa lagi. Bye!

Wednesday, July 25, 2012

Lagu nenen

Assalamualaikum..


Ayah kembali lagi dengan post yang baru..hehe.
Ni lirik lagu ciptaan ayah untuk Zahrah bila dia mengamuk-ngamuk dalam kereta sebab boring.
Hanya susu ibu boleh menenangkan Zahrah.
Sambil Zahrah nenen, ayah nyanyi..supaya mood anak ayah ni kembali ok.


nenen...
tak perlu kata apa-apa
neneng...
tak perlu kata apa-apa

nenen kiri
nenen kanan
nenen kiri kanan

bila Zahrah sudah nenen
Zahrah pun ceria kembali

nenen...

p/s: lagu ni sesuai dinyanyikan mengikut rentak lagu senyum - malique feat najwa

Tuesday, July 24, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum,


Lama takde entry baru kan. Sampai aku pun dah tk tau nak mula mcm mana. Anyway, sekarang ni busy dgn mcm2 perkara. Salah satunya adalah ini..



Alhamdulillah dah dapat kunci rumah. Dah dekat sebulan dah dapatnya. Sekarang tengah tunggu developer betulkan minor defects. Pening lalat jugak nak settlekan hal rumah baru dengan budget yg seciput..huhu.. buat yg penting2 dululah. Ikutkan hati mmg mcm2 nak.

Oklah. Malas nak tulis panjang2, terimalah gambar budak yg suka sgt pakai tudung skrg ni. Kalau tk bagi menangis2 tu.. 

 
 Ni gambar kat pasar malam. Nak belikan Zahrah tudung baru. Asyik pakai tudung sama je kan. Kebetulan terjumpa anak2 jiran sekali. Mak2 diorang pun memborong tudung.

 Nak main kat depan pintu rumah pun nak pakai tudung.

Tembam macam ibu dan ayahnya.Hehe..

Oklah. Jumpa lagi. Bye! :)

Friday, June 8, 2012

Bahasa Zahrah

Assalamualaikum,

Ni nak cerita serba sedikit perkataan2 yg Zahrah dah boleh sebut. Sekarang ni ( umur setahun setengah) dia mmg dah boleh faham arahan yg senang2, contohnya:
-No/jangan
-Ambik seluar/baju
-Simpan mainan dalam bekas ni
-Pergi bagi kat ayah/ibu/nenek/atuk/dll
-Baca doa
-Salam
-Dan lain2

Tapi vocabs dia tu xdelah banyak sangat. Sekarang ni dia dah boleh sebut:
-Mama
-Papa
-Ayah
-Nenek
-Atuk (dia sebut tatok)
-Kakak (dia sebut tatak)
-Ball
-Kucing (dia sebut cingggg..)
-Cantik (dia sebut tikkkk..)
-Dll (aku tak ingat..hehe)

Tapi dia masih tak boleh sebut ibu... huhu...susah kot nak sebut perkataan ibu ni ye. Takpe, bagi masa kat dia. Slow2... Nanti lama2 boleh la tu. InsyaAllah...

Sebelum ni kalau ajar dia sebut ibu... dia sebut papa.. Ada ke patut? Jauh giler kot bunyi dia..hahahhh
Tapi semalam ada peningkatan. Bila aku suruh dia sebut ibu.. dia sebut muuuu... hahah.. oklah tu kan. Adala iras sket2.

Sekarang ni keletah dia dah mcm2. Kelakar pulak tengok. Kalau dengar muzik mesti nak menari. Kalau ibu ayah balik dari kerja nak ambik dia, mesti dia seronok giler dan buat persembahan break dance...hehe..
Kalau dengar azan atau orang mengaji, dia pun sibuk buat2 mcm nak amik wuduk pastu tadah tangan baca doa. Zahrah dah pandai solat jugak tau..haha.. tapi ada 2 rukun je. Mula2 berdiri lepas tu terus sujud menonggeng. 

Oklah. Sampai sini je entry kali ni. Semoga Zahrah membesar jadi anak yang solehah, yang boleh meonolong ibu dan ayah di akhirat nanti. Aminnn..

Bye! :)

Tuesday, May 29, 2012

Gigi saya

Assalamualaikum,

Wah..wah..wah... Nampaknya en suami sudah ambik alih kuasa ye..hihi.. Siap letak entry lagi.. Maka, kali ini marilah kita kembali kepada penulis yg asal.. Entry pendek je.. berkenaan gigi Zahrah. Aku rasa aku tk pernah cerita pun pasal perkembangan gigi Zahrah ni. Anak dah nak masuk umur setahun setengah baru nak cerita.

 
Hai.. nak tau tak gigi saya dah ada berapa batang sekarang ni?

 
Siapa teka betul saya bagi hadiah hp ibu say ni!hehe..

Suka hati je kan nak bagi hp ibu kat orang.. Dahla hp cikai je..huhu.. jatuh sikit dah berterabur.
Anyway, gigi Zahrah sekarang dah ada 10 batang. 4 gigi atas, 4 gigi bawah, 2 gigi geraham atas.

Oklah. Jumpa lagi di lain entry.
Bye! :)

Friday, May 25, 2012

Jumping jacks

Assalamualaikum...

Kali ni nak share tips kesihatan pulak. Alkisahnya pasal jumping jacks atau lompat bintang. Senaman ni bagus utk kesihatan jantung dan mengurangkan berat badan. Mudah nak buat, tak perlu apa-apa peralatan. Kalau nak berskipping tapi takde tali, so ini lah pilihannya. Untuk yang sangat jarang bersenam dan ingin mulakan jumping jacks, jangan paksa diri utk terus buat bilangan yang banyak. Buat ikut kemampuan semasa. Setiap hari atau setiap minggu, cuba tambah masa atau bilangan anda buat jumping jacks. Sebagai contoh, minggu pertama buat utk 30 saat shj. Minggu kedua buat sampai 1 minit, dan bertambah seterusnya bergantung kepada kemampuan individu. Recommended duration is 3-4 minutes. Di sini ayah tempelkan video ayah tengah buat jumping jacks. Hebat tak english ayah? hahaha. Apa pun harap kita istiqomah ye ibu..hehe. Wassalam.

Wednesday, May 9, 2012

Tajuk entry: Borak-borak ibu dan ayah pada satu petang yang ceria semasa perjalanan pulang balik kerja


Assalamualaikum…

Kali ni unik sket tajuk entry blog kiut ni. Ala..unik ke? hehe. Unik la tu. Mana ibu Zahrah pernah buat tajuk entry tulis panjang-panjang kan? Ni sembang-sembang antara ibu dengan ayah Zahrah masa pulang dari tempat kerja. 


Situasi: Dalam kereta lagi best yang kiut
Masa: Selasa, 6.50 ptg yang ceria


Ibu: Kepala ibu pening la… semalam ibu tak lena tidur. Best je tengok korang berdua tidur. Dengki ibu rasa (mood monyok, sambil rendahkan seat utk sandar)
 
Ayah: Ibu tak boleh tidur semalam? Ibu terlebih tidur kot petang semalam… sebab tak sihat kan. (Isnin ibu mc kije). Sekarang ni ibu rasa macamana? Ada demam-demam lagi?

Ibu: Demam dah tak sangat dah. Tapi kepala la pulak pening.

Ayah: Tak pe, malam ni tidur awal ye. Tadi Kak Nah sms abang kata Zahrah gi mengurut rumah Mak Munah (ayah mengalih topik).

Ibu: Ha’a! Kelakar la! Zahrah gi mengurut! Haha.. Macamana la agaknya ye..(dah ceria dah sket)

Ayah: (Dalam hati: Terer tak ayah tukar mood ibu). Nasib baik Zahrah ok, takde apa-apa serius berlaku. (tengahari tadi Zahrah terjatuh dalam bilik air masa mama mandikan).

Ibu: Ha’a. risau ibu tadi (muka risau pulak). Tapi nasib baik ok.

Ayah: Hihi..hihi..

Ibu: Nape?

Ayah: Best la baca entry ibu buat tu (sesi fotoshoot bersama kucing). Hihi..haha.. kuitnye la hai. Kreatif susun gambar dengan cerita.

Ibu: Ye lah. Pandai kan ibu buat entry. Ayah mana boleh buat macam tu. (muka bangga..hehe)

Ayah: Ala…  tu semua sebab ayah yang pandai amik gambar kan…kan? Terer tak ayah?

Ibu: Ala..sebenarnya ibu yang pandai tulis cerita.

Ayah: Ok, kalau macam tu tengok nanti ayah tulis entry yang lagi best.

Ibu: Ok. Ibu tunggu. Mesti tak leh challenge entry ibu punya…(sambil menaikkan semula seat sandar)

Ayah: Hihi. Ok, bila ibu baca mesti ibu kagum.


Perjalanan hampir sampai ke rumah apartment kami. 
Di simpang empat sebelum kawasan apartment....


Ibu: Eh, tengok tu ayah! Ada orang jual khemah la. Wow.. bestnya kalau Zahrah main-main kat dalam khemah tu! (muka dah tak monyok dah. Excited sangat. Dah lupa kepala sakit).

Ayah: Orang jual khemah? Ape kejadah nya jual khemah pulak kat situ?

Ibu: Tu..! Tengok la ayah! Tengok la! (beria)

Ayah: (tak pandang pun. Fokus pada pemanduan). Pelik la apa pulak jual-jual khemah?? Khemah Zahrah main??

Ibu: (tak puas hati) Nuuu..ha..! tengok la! Ala..khemah untuk budak-budak. Kiut nye..!

Ayah: (Dalam hati: Wah, nak sangat la tu. Zahrah ke Mak Zahrah yang beria nak? hehe).


Perbualan pasal khemah terhenti begitu sahaja sebaik kereta sampai kat parking area. Kesimpulan dari perbualan di atas ialah: 

Pertama;  
Kemalangan di bilik air adalah kemalangan yang kerap berlaku sebab lantai licin. Jadi kita kena amik langkah utk cegah kemalangan. Plan nak beli lantai plastik lubang-lubang kat econsave balik kerja nanti (Anti-slip floor).

Kedua;  
Ayah kena tulis entry yang best, sebab ibu dah cabar ayah tulis entry lagi best dari ibu. Entry ni kira best tak, ibu? Ni kira best la kan? kan? kan?


Ayah dengan ini berani mengatakan entry ni entry yang best kerana……………….



Sila Scroll down….









































Scroll down lagi….































Lagi….

































Lagi….























Jeng… jeng.. jeng….!





Eh, Zahrah duk dalam ape tu??


Wah, cantiknya! Ada atap la...! Pink gitu (maafkan lubang hidung Zahrah yang kembang tu ye. sebab excited sangat la kata kan)


Nak tahu Zahrah duk dalam ape? Ok zahrah keluar dari tempat tadi. Wah! Cutenya khemah!!


Ada brochure pasal khemah cute ni la. Cantiknya. Tapi nak simpan kat mana ye?

Ok tak kalau Zahrah tampal kat sini?

Eh, tak melekat. Tak pe lah.
Bestnya ada khemah baru! Posing sket depan khemah cute ni. Ayah, amik gambar! :)


Harap ibu dan zahrah suka entry ayah yang terbaru ni.

Wassalam :)